Sale

Menuju Ke Arah Digitalisasi, Sungei Wang Plaza Berkolaborasi Dengan Shopee Malaysia Raya Ini!

1.6K
SHARES

Melangkah setapak kehadapan, Sungei Wang Plaza kini dah ada platform jualan dalam talian. Anda tahu tak, sekarang Sungei Wang Plaza dah berkolaborasi dengan Shopee untuk musim raya kali ini. Inisiatif ini adalah untuk membolehkan para peniaga diorang menyesuaikan diri dan mewujudkan keseimbangan antara penjualan luar talian dan dalam talian.

Jadi lepas ni, korang boleh pilih nak shopping secara walk-in di Sungei Wang Plaza atau beli secara dalam talian sahaja

Sungei Wang Plaza X Shopee – Banyak durian runtuh! Harga serendah RM5!

Menariknya, melalui proses digatilisasi ini, anda lah yang beruntung kerana Sungei Wang Plaza tawarkan pelbagai tawaran hebat dan diskaun kaw-kaw bila korang beli-belah secara online. Ada banyak ekslusif deal yang menarik daripada retailers-retailers Sungei Wang Plaza. Rambang mata!

** Tertakluk pada terma & syarat

Order makanan anda melalui GrabFood & nikmati rebat RM10!

Bukan itu sahaja, Sungei Wang Plaza akan berikan anda rebat RM10 apabila anda order makanan di mana-mana outlet F&B terpilih di pusat beli-belah mereka melalui GrabFood! Syarat nak menikmati rebat ni mudah je. Anda cuma perlu berbelanja RM25 ke atas dan secara automatiknya anda layak untuk menikmati rebat ini. Bestkan?

Maka, bagi anda yang duduk area berdekatan dengan Sungei Wang plaza, pastikan anda guna promo ini. Kalau nak berbuka malas nak masak, anda oder je dengan GrabFood! Dapat rebat RM10. Tak ke jimat tu?

Jangan lupa singgah Bazar Hurey  & Jualan Hurey Raya! Macam-macam ada! Parking pun Percuma!

Disamping itu, Sungei Wang Plaza turut mengadakan Bazar Hurey & Jualan Hurey Raya. Dekat Bazar ni korang boleh dapat pelbagai keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Nak cari baju? Kasut? Kuih raya? Semua ada! Best sangat!

Paling best, mereka ada vendor 22 Shoes yang viral dengan kasut harga serendah RM 10!

Jualan Hurey Raya ni korang wajib datang. Ianya diadakan cuma untuk 3 hari sahaja iaitu bermula pada 7 hingga 9 Mei. Yang penting harga yang ditawarkan betul-betul runtuh iaitu serendah RM5 sahaja. Rugi tak datang. Lagipun, dekorasi Sungei Wang Plaza memang tiptop. Bertemakan klasik raya, cantik sangat kalau anda dan keluarga ambil gambar di sini. Boleh la update insta-post dan insta-story.

Paling penting percuma Valet parking apa bila anda berbelanja minima RM100 pada 7 hingga 9 Mei ini. Jadi, anda boleh shopping dengan hati terbuka tanpa perlu fikir mengenai bayaran tempat letak kereta.

** Tertakluk pada terma & syarat

Syioknya Beli & Menang! Hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM88,888!

Lebih wow lagi, tahun ini Sungei Wang Plaza buat Cabutan bertuah Syioknya Beli & Menang. Melalui cabutan bertuah ni, anda boleh menang Iphone 12 pro, jongkong emas, Real me C 15, Baucar tunai RM158 dan merchandise ekslusif daripada Sungei Wang.

Cara penyertaan? Belanja minima RM68 dalam dua resit dan anda layak untuk sertai cabutan bertuah ini.

** Tertakluk pada terma & syarat

Tebus sampul raya dan bekas kaca istimewa edisi raya!

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Sungei Wang Plaza  ada buat koleksi sampul raya dan bekas kaca raya istimewa edisi raya 2021. Hanya belanja RM100 dan RM150 dalam dua resit, anda boleh collect koleksi sampul raya dan bekas kaca edisi raya 2021 ni. Boleh la buat letak duit raya dan kuih raya tahun ni.

So, apa lagi yang anda semua tunggu. Sambut Ramadhan dan Hari raya Aidilfitri dengan Sungei Wang Plaza. Anda pasti tak kecewa. Nak dapatkan maklumat mengenai promosi dan perkembangan terkini Sungei Wang Plaza? Anda cuma perlu klik pautan dibawah.

 

Website: Sungei Wang Plaza

Facebook: Sungei Wang Plaza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×