Dapur

Ibu Kongsi Idea Bekal Makanan Anak Ke Sekolah, Memang ‘Bahagia’ Betul Menu!

23
SHARES

Sejak anak-anak sudah mula kembali, mak ayah pun dah mula membuat persiapan seawal pagi sebelum pergi ke kerja supaya anak-anak sentiasa bersedia ke sekolah. Bukan sahaja dari segi pemakaian, malah penting untuk ibu bapa menyediakan makanan pagi untuk anak-anak ke sekolah. Tambah pula di musim Covid ini, lebih elok untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah bukan?

Jadi, perkongsian menu bekal sekolah dari ibu ini menjadi tular kerana bukan sahaja nampak sedap, malah susunan makanan bekal tersebut mendapat perhatian ramai. Jadi, buat anda yang dah kekeringan idea nak bawa bekal apa untuk anak-anak, boleh cuba menu di bawah.

IDEA MENU BEKAL SEKOLAH ANAK

Ini bekal untuk anak saya darjah 1. Seronok masak bila setiap kali bekal yang dia bawa semua dia habiskan. Pernah usik dia suruh order makanan dekat kantin tapi dia taknak, sebab dia cakap mama masak lagi sedap. Lagi la berganda seronok tu. Tips untuk anak habiskan bekal, masak makanan kesukaan anak, bukan kesukaan kita. Apa yang saya nak bekalkan semua saya tanya pendapat dia dulu dan kadang-kadang dia yang bagi idea suruh masak apa.

1.NASI AYAM BLACKPEPPER

Lunch box tu saya beli dekat shopee. Senang bila ada beberapa space & tempat letak sudu. Beg pun ada sekali cuma kena beli asing. Tapi cantik bila muat-muat dengan bekal. Ada terbaca komen yang dia ‘tak kuasa’ nak bagi anak bawak beg banyak-banyak, lebih suka letak dalam beg sekolah. Tapi bagi saya pula, tak suka bekal dan buku sekolah bercampur walaupun berlainan ‘zip.’

2.DOUBLE CHEESE BURGER

3.SPAGHETTI BOLOGNESE

4.MAGGI GORENG

5.ROTI PIZZA

6.MI GORENG DAGING

7.NASI AYAM GORENG

Edit : anak saya tak berapa suka nasi, kecuali yang ada ‘rasa.’ Sebab tu saya masak bekal ikut kesukaan anak dan anak saya sekolah sesi petang.

Sumber: Anum Jauzy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×