Famili

“Mengada Bila Ayah Ada”- Ini Tanda Anak Dah Kuat Bonding Dengan Si Ayah

11.3K
SHARES

Selalunya ayah akan dianggap sebagai seorang yang tegas dan garang. Ini menjadikan anak-anak sukar untuk mencipta kemesraan atau ‘bonding’ dengan si ayah kerana mempunyai rasa yang takut. Tapi, tahukah anda bahawa penting untuk anak-anak ada bonding yang kuat bersama ayah dan ini merupakan tanda-tanda anak anda mempunya bonding yang kuat dengan si ayah.

Baca juga: ‘Badan Dah Keras’- Berderau Darah Tengok Anak Dah Lemas Dalam Kolam!

Tanda-tanda anak yang kuat bonding dengan ayahnya

1. Tak boleh lihat muka ayahnya mesti nak diajaknya bermain. Habis badan ayah di henyak-henyak.

2. Bangun tidur je cari ayah. Padahal ibu tidur kat sebelah, tetap celik mata cari ayah dulu.

3. Ayah tak boleh hilang sekejap, mesti dia mencari. “Ayah pergi mana?”

4. Pantang nampak ayah duduk bersahaja tak buat apa, pasti datang melompat. Time tu la dia nak duduk atas pangku.

5. Bila ayah tak ada, dari energetik boleh jadi lemah tak bermaya. Nak main pun tak ada motivasi tanpa ayahnya.

6. Selalu bertanya keberadaan ayahnya. Kalau ayah keluar kerja, balik lambat sikit anak mesti perasan. Walaupun tak pandai tengok jam lagi.

7. Paling ingat kata-kata ayah padanya. Setiap pesanan ayah di ambil serius. Ini tak boleh buat, ayah tak bagi. Ini salah, ayah dah pesan.

8. Bila bersama-sama kawan, tak ada benda lain mesti bercerita tentang hebatnya ayah dia.

9. Mengada-ngada bila ayahnya ada. Macam-macam kepandaian nak ditunjuknya. Sikit-sikit panggil ayah tengok ni.

10. Paling mudah terasa hati. Bila ayah termarah atau terjerit. Dia boleh jadi kecewa yang amat amat sangat.

Bila hati dah terlalu sayang, sedikit kasar pun boleh buat hati dia terluka amat dalam tau. Anak bapak…Wallahu A’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×