Kini Trending

‘Badan Dah Keras’- Berderau Darah Tengok Anak Dah Lemas Dalam Kolam!

7.7K
SHARES

Sejak kebelakangan ini seringkali kita terbaca di laman berita utama yang memaparkan kes-kes maut melibatkan kanak-kanak yang jatuh dari bangunan. Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kes lemas walaupun hanya bermain di kolam di hadapan rumah.

Begitu juga dengan perkongsian viral dari seorang ayah ini apabila dia sendiri berdepan dengan situasi anak lemas dan hampir maut di dalam kolam hadapan rumah. Perkongsian ini boleh dijadikan iktibar kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih ‘alert’ dengan aktiviti anak-anak.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 29

BADAN DAH KERAS,ANAK LEMAS DALAM KOLAM DEPAN RUMAH!

Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;

1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.

2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.

3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.

4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.

5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.

6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.

7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.

8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.

9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.

IKTIBAR BETAPA PENTINGNYA PENGETAHUAN CPR

10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.

11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.

12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.

13. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.

14. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku. Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

VIDEO PENUH:

Alhamdulillah. Semuanya selesai. Terima kasih kepada yang mendoakan.Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian. Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga.

Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.

Sumber: Abdul Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×