Nur

Mencari Arah Kiblat Untuk Solat Dengan Mudah Hanya Guna Aplikasi Waktu Solat Malaysia

16
SHARES

Mengadap kiblat merupakan salah satu syarat sah untuk menunaikan solat. Sangatlah penting ketika berjalan jauh dan ingin menunaikan solat di suatu tempat yang tidak kita ketahui arah kiblatnya, kita akan mencari aplikasi yang dapat membantu kita untuk mencari tahu arah kiblat dengan mudah. Maklumlah nak tengok secara manual pun tak pandai…

Baca juga: Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak: Internet, Televisyen Atau Pergaulan?

MENCARI ARAH KIBLAT DENGAN MUDAH

Kiblat merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah dan menjadi penunjuk arah kepada arah solat kita. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan juga bahawa orang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, namun Kaabah hanya merupakan titik rujukan arah untuk solat.

Kalau dahulu, bagi menentukan arah kiblat, kita akan menggunakan kompas atau penunjuk mata angin. Hal ini juga telah  divalidasikan oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), bahawa kompas sebagai alat navigasi untuk digunakan bagi menentukan arah kiblat.

TIADA HALANGAN UNTUK SOLAT DENGAN APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA

Tetapi sekarang, semuanya serba canggih. Semua boleh dilakukan secara digital termasuklah dengan mencari arah kiblat. Antara aplikasi yang sangat dicadangkan adalah aplikasi Waktu Solat Malaysia.

Memang mudah untuk dilihat, aplikasi ini mempunyai kompas besar di paparan muka aplikasi tersebut. Jadi, jika anda sedang mencari aplikasi yang ada kompas untuk telefon bimbit anda, anda boleh cuba aplikasi Waktu Solat Malaysia. Aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan 100% dalam Bahasa Melayu, jadi sangat sesuai untuk orang Malaysia.

Paling seronok sebab kita boleh dapatkan aplikasi ini secara percuma. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia supaya kita dapat manfaatkan kompas walaupun di mana kita berada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×