Hebahan

Memudahkan Orang Ramai, Pusat Membeli-Belah Ini Patut Dijadikan Sebagai Pusat Vaksinasi

4K
SHARES

Mall tak bukak lagi ke?

Pusat membeli-belah sekarang tidak sama seperti dahulu. Bukan setakat kedai, sekarang pusat membeli-belah sudah mempunyai panggung wayang, tempat permainan, dan sebagainya. Pilihan tepat untuk bersantai bersama keluarga!

Dalam musim pandemik ini, kita masih belum diberi peluang untuk bersuka ria di pusat membeli-belah. Bukan anda saja, malah peniaga dan pekerja di shopping mall lebih merindukannya. Oleh itu, apa kata…

Jika pusat membeli-belah dijadikan sebagai pusat vaksinasi, setuju?

Adakah anda setuju jika pusat membeli-belah juga dijadikan sebagai pusat vaksinasi? Sudah semestinya! Sekarang vaksin sudah menjadi suatu keperluan. Semua orang wajib mengambil vaksin dengan keadaan wabak yang ada, termasuklah barisan hadapan di pusat membeli-belah!

Lebih 60% penyewa di beberapa kompleks membeli-belah di Lembah Klang sudah bersetuju untuk dimasukkan dalam Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi (sektor peruncitan). Penyewa juga tidak ketinggalan untuk meminta pekerja mereka mendapatkan vaksin.

Tahukah anda, mengapa pusat membeli-belah patut dijadikan sebagai pusat vaksinasi?

Pusat membeli-belah mempunyai kawasan yang luas dan selesa untuk pemberian vaksin


Vaksin diberikan kepada semua golongan, baik yang muda mahupun lebih tua. Oleh sebab itu, kawasan yang luas dan selesa amat penting untuk memudahkan pemberian vaksin. Pada kami, pusat membeli-belah adalah antara pilihan tempat pemberian vaksin terbaik!

Jika anda biasa berkunjung ke pusat membeli-belah, anda pasti perasan terdapat ruang yang luas. Biasanya ruang itu digunakan sebagai tempat acara diadakan. Lebih baik jika ruang yang luas di pusat membeli-belah ini digunakan sebaiknya sebagai pusat vaksinasi bukan?

Selain itu, ruang tempat letak kenderaan di pusat membeli-belah cukup besar. Boleh la gunakan fungsi pandu-lalu untuk orang ramai mendapatkan vaksin. Orang ramai juga tidak perlu turun daripada kereta mereka. Bukankah lebih mudah?

Ruang yang luas di dalam pusat membeli-belah pasti akan membuat orang ramai berasa selesa untuk mendapatkan vaksin. Oleh sebab itu, pusat membeli-belah wajar dijadikan pusat vaksinasi.

Orang ramai yang duduk berdekatan pusat membeli-belah mudah dapat vaksin

Cuba bayangkan jika pusat membeli-belah menjadi salah satu pusat vaksinasi. Bukankah pusat membeli-belah berdekatan kawasan perumahan? Penyewa dan pekerja juga mudah mendapat vaksin, apatah lagi bagi mereka yang duduk berdekatan pusat membeli-belah.

Sungei Wang Plaza harap dapat menjadi salah satu pusat vaksinasi

Kebanyakan pusat membeli-belah sudah memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) untuk menjadikan premis mereka sebagai pusat vaksinasi. Sungei Wang Plaza juga tidak terkecuali. Semoga usulan ini dapat diterima!

Kami yakin anda sekeluarga sudah pasti merindukan kedai-kedai di pusat membeli-belah untuk dibuka semula. Jika pusat membeli-belah dijadikan sebagai pusat vaksinasi, kami yakin barisan hadapan ekonomi akan gembira!

Kita sudah pernah menang sekali, pastinya kemenangan kali kedua juga akan berpihak kepada kita. Bagi yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, silalah daftar untuk kebaikan kita bersama. Lindungi diri, lindungi semua.

Adakah Sungei Wang Plaza akan menjadi pusat vaksinasi kelak? Tak sabar pula nak tahu berita tentangnya nanti!

Untuk mengetahui perkembangan terkini, anda boleh like dan follow Facebook Page Sungei Wang Plaza.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×