Dapur

Memang Macam Di Korea, Ini Resepi Jjanjangmyeon Viral Guna Taucu Anda Kena Try!

865
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bukan sahaja meminati Kdrama dan Kpop, malah makanan Korea juga menjadi kegilaan. Selain bibimbap, jjanjangmyeon adalah menu tradisi yang turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat kita. Walaupun kelihatan macam mi goreng basah namun rasa menu ini ternyata lain dari yang lain.

Oleh itu, anda sebenarnya boleh buat sendiri sahaja juadah ini di rumah dengan menggunakan taucu. Bahan-bahan lain yang diperlukan pun mudah didapati. Boleh buat untuk juadah berbuka puasa juga kan?

RESEPI JJANJANGMYEON MAKANAN POPULAR KOREA

Mana dia peminat makanan Korea? Ada ni kita masak Jjajangmyeon atau in English, Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yang tulen kena guna blackbean ori punye)kita buat sendiri dengan menggunakan taucu.

Apa rasa Jjajangmyeon ni? Rasanya bukan mcm mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee. Rasanya slurrpp yg ada bau ala2 kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin-masin manis hujung tu rasa hangus sikit, mcm dibakar. So resepi nya mudah je. Sila baca:

Bahan kuah ala Blackbean

1. Mula-mula buat caramel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.

2. Kemudian 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.

3. Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gandum, pes taucu yg ditumbuk td, kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.

4. Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan2 dodol.

5. Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

Cara memasak Jjajangmyeon

1. Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.

2. Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.

3. Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.

4. Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. Boleh isi sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.

6. Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yg perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.

7. Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atas nya dihiasi dengan hirisan timun.

8. Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru ngapp.

*Terliur!

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×