Kini Trending

Media Prima Kolaborasi Bersama ZAG, Hasilkan Podcast Siri Seram ‘Bisikan Kerajaan Langit’

1
SHARES
bisikan kerajaan langit

Media Prima Audio dan ZAG berkolaborasi dalam menghasilkan podcast siri seram pertama yang mempunyai 8 episod dan telah ke udara sejak 17 November 2022. Bisikan Kerajaan Langit menampilkan Aween Nureen serta Imran Aqil iaitu penyampai radio Hot FM yang mengendalikan segmen Hotflix selaku teraju utama. Bisikan Kerajaan Langit adalah hasil fiksyen yang sedikit sebanyak diolah daripada peristiwa bersejarah.

Baca juga: Media Prima Kekal Bertahan, Raih Keuntungan Positif Selepas 9 Bulan Bersaing!

BISIKAN KERAJAAN LANGIT PODCAST BERSIRI 8 EPISOD

Podcast bersiri 8 episod ini mengisahkan tentang wartawan yang menyiasat perkara misteri dan ghaib yang berlaku di perkampungan Pantai Timur, Malaysia. Siri pertama ini akan berterusan selama satu jam beserta dengan elemen audio 3D yang mengasyikkan di aplikasi Audio+. Istimewa untuk hari ini, Bisikan Kerajaan Langit akan menampilkan dua episod sekaligus pada hari yang sama.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata:

“Kita sentiasa berbangga dengan bakat bakat artis dan konten lokal sendiri. Dengan Audio+ iaitu podcast Malaysia pertama, kita dapat mengembangkan lagi bakat bakat content creator lokal. Audio+ juga telah mencecah 8 ribu pendengar setiap bulan. Kami memang ternanti-nanti kolaborasi bersama ZAG studios di masa depan”.

Pengurus Besar ZAG, Matthew Durai berkata:

“Kami amat berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Media Prima untuk mengembalikan kisah-kisah rekaan suatu ketika dahulu dan juga bakal memaparkan pelbagai watak menarik untuk menarik lebih ramai pendengar seluruh Malaysia dengan segmen audio bercerita”.

Bisikan Kerajaan Langit boleh didengarkan dengan elemen audio 3D yang berkualiti tinggi secara eksklusif melalui aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun melalui Apps Store serta Play Store atau pun melalui penstiman web audioplus.audio. Dan jangan lupa untuk follow dan subscribe podcast ini untuk terus mendengarkan episod yang akan datang. Nantikan episod baru pada setiap hari Khamis.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×