Kini Trending

Media Prima Kekal Bertahan, Raih Keuntungan Positif Selepas 9 Bulan Bersaing!

5
SHARES

Media Prima Berhad  kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, kekal bertahan dalam landskap media yang semakin mencabar, dengan mencatatkan hasil RM745.2 juta dan RM27.0 juta Keuntungan Selepas Cukai (“PAT”) untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2022.

Baca juga: Meriahkan Penutup Tahun 2022 Dengan Siraplimau Di Karnival Jom Heboh Johor Bahru!

MEDIA RPIMA KEKAL BERTAHAN, RAIH KEUNTUNGAN SELEPAS 9 BULAN

Media Prima mencatatkan peningkatan 15% dalam Keuntungan Selepas Cukai berbanding tempoh berakhir 30 September 2021. Hasil pengiklanan Kumpulan kekal stabil dengan peningkatan sebanyak 7% berbanding tempoh sebelumnya yang dipacu oleh
anak syarikat penyelesaian pemasaran, Media Prima Omnia.

Bukan itu sahaja, penyiaran yang diwakili oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio merekodkan pertumbuhan hasil yang tinggi.  Dalam tinjauan sembilan bulan, subsidiari digital Kumpulan, REV Media Group mencatatkan kenaikan hasil sebanyak 11% dari RM66.6 juta dalam tempoh sebelumnya ke RM73.8 juta. Turut mencatatkan peningkatan juga adalah hasil dari segmen pengiklanan-luar-rumah Kumpulan, Big Tree juga meningkat  menunjukkan kenaikan permintaan untuk pengiklanan-luar-rumah.

MEMACU PERKEMBANGAN

Selari dengan perkembangan teknologi dan saingan dari pihak lain, Rangkaian Televisyen Media Prima kekal sebagai rangkaian televisyen yang paling tinggi jumlah tontonan. TV3 terus menjadi saluran televisyen yang paling ditonton di Malaysia, dengan 25% perkongsian audiens. Pembaharuan untuk televisyen Malaysia, Media Prima juga komited untuk membawa masuk program yang terbaik untuk penonton Malaysia, menerusi kolaborasi bersama Hunan Broadcasting System, yang merupakan salah satu
rangkaian televisyen terkemuka di negara China, untuk bersama-sama menghasilkan dan menyiarkan konten yang dihasilkan oleh Hunan di 8TV.

Pada September 2022, REV Media Group telah memperoleh hak milik intelek Tantannews dari Monster Scape Sdn Bhd, untuk
mengembang dan menguatkan capaian dalam kalangan komuniti berbahasa Cina atas talian. Ini akan memacu perkembangan rangkaian bahasa Cina REV Media Group, termasuk jenama popular seperti ViralCham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.

Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima berkata:

“Prestasi kewangan kami mencerminkan landskap operasi dinamik yang sedang dihadapi oleh Kumpulan. Namun begitu, kami mencatatkan hasil yang memberangsangkan – merekodkan keuntungan suku tahunan yang berturut-turut sambil mengekalkan posisi teratas merentasi semua perniagaan kami. Sebagai kumpulan media terkemuka, kami akan kekal optimistik bagi tempoh mencabar yang akan datang. Kami akan fokus untuk menambah baik efisiensi dalaman dan meneliti kos operasi Kumpulan.

Menambah lagi, Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, berkata:

“Kami berpuas hati dengan sumbangan hasil pengiklanan yang terus mencatatkan pertumbuhan, justeru, mencerminkan
populariti jenama kami di kalangan pengiklan. Namun begitu, pemerhatian kami menunjukkan bahawa Kumpulan sedang berhadapan dengan sentimen pengguna yang tidak menentu serta peningkatan persaingan tempatan dan global yang menjejaskan hasil bukan-pengiklanan (“non-advertising revenue”). Kami akan menggunakan kemampuan kami untuk terus maju.

Dengan kepelbagaian data di beberapa platform media, kami dapat memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk penilaian yang lebih baik, mendapatkan lebih banyak pendengar, pembaca dan meluaskan capaian digital kami di masa akan datang.”

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×