Kini Trending

Meriahkan Penutup Tahun 2022 Dengan Siraplimau Di Karnival Jom Heboh Johor Bahru!

4
SHARES

Nampaknya penutup tahun 2022 akan diserikan dengan kemeriahan Karnival Jom Heboh! Setelah selesai di beberapa lokasi sebelum ini iaitu di Putrajaya dan Terengganu, kali ini Karnival Jom Heboh akan ke Puteri Harbour, Johor Bahru pula pada 9 & 10 Disember 2022.

Apa yang menarik sangat dengan lokasi terakhir Jom Heboh untuk tahun 2022 di Johor Bahru ini?

MERIAHKAN PENUTUP TAHUN 2022 DENGAN KARNIVAL JOM HEBOH JOHOR BAHRU!

Seperti yang ramai sudah ketahui, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini. Penganjuran karnival selama dua hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, DIDIKTV, TV9,WOWSHOP, Hot.fm, Molek.fm, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. Jadi buat anda yang ingin berjumpa dengan artis kesayangan, inilah masanya untuk anda datang bergambar dan beramah mesra dengan mereka.

Lebih menarik, Karnival Jom Heboh juga turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu Siraplimau, Ohbulan, Seismik TV dan Vocket. Untuk anda yang hadir ke ke ‘slot’ Siraplimau pada jam 10 pagi pada 9 dan 10 Disember, banyak aktiviti berkonsepkan kekeluargaan yang menarik seperti game teka maksud peribahasa dan susun peribahasa mengikut emoji yang pastinya mengimbau kembali kenangan zaman sekolah. Kalau nak suruh anak-anak wakilkan untuk asah minda mereka pun lagi menarik!

SIRAPLIMAU NAK BAGI BANYAK HADIAH EKSKLUSIF!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan anda berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima seperti beg dan T-Shirt. Bukan itu sahaja, Siraplimau juga akan beri hadiah seperti Xiaomi Air Purifier untuk dibawa pulang oleh anda yang bertuah. Tak dapat dekat tempat lain tau!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Johor Bahru! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×