Famili

Masa Sesuai Untuk Mula Ambil Pil Perancang Elak ‘Terbabas’

991
SHARES

“Aku dah makan dah pil perancang, tapi kenapa mengandung juga ni?”

Cahaya mata adalah kurniaan Allah yang amat bermakna bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Pastinya, kehadirannya dinantikan kebanyakkan pasangan terutamanya jika ianya anak sulung. Namun, selepas kelahiran anak sulung, jururawat di klinik kesihatan pasti akan menyarankan para ibu untuk menjarakkan kehamilan untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini pada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Untuk pengetahuan anda, jarak kehamilan yang disarankan oleh pakar perubatan seluruh dunia adalah lebih 18 bulan, tetapi tidak lebih daripada 60 bulan atau 5 tahun. Biasanya, pil perancang merupakan salah satu alternatif yang dicadangkan kepada para ibu untuk merancang kehamilan. Tapi, anda perlu mengambil pil ini dengan cara yang betul kalau tidak ia boleh membuatkan anda ‘termengandung’.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK ‘MULA’ MAKAN PIL PERANCANG?

Foto: brad.erva-doce.info

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang keliru dengan masa yang sesuai untuk memulakan pengambilan pil perancang kan? Menurut penjelasan daripada Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, terdapat perbezaan ‘masa’ pengambilan pil perancang bagi para ibu.

1. Ibu baru melahirkan

Bagi ibu yang baru melahirkan bayi, anda perlu menunggu 6 minggu untuk memulakan pengambilan pil perancang. Ia bertujuan untuk memberi masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang. Selain itu, pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan.

2. Ibu yang tidak menyusu bayi secara eksklusif

Berbeza pula dengan ibu yang tidak menyusu bayi secara eksklusif (mengunakan susu ibu dengan susu formula), anda boleh memulakan pengambila pil perancang kehamilan pada 3 minggu selepas melahirkan anak. 

BAGAIMANA PIL PERANCANG BERFUNGSI?

Pil perancang berfungsi menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu.

Hormon yang terdapat dalam pil perancang akan menghalang telur (ovum) daripada meninggalkan ovari atau menempel pada dinding rahim. Proses ini menyebabkan tiada telur yang dapat disenyawakan walaupun sperma mungkin berjaya memasuki rahim.

Selain itu, ia juga yang bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim (serviks). Tindakan ini menyukarkan sperma untuk menembusinya.

Sebagai tambahan, anda perlu memastikan bahawa anda tidak hamil sebelum mengambil pil perancang supaya tidak  menjejaskan  kandungan. Oleh itu, anda disarankan supaya mula mengambil pil perancang semasa hari ke-5 haid. Jika anda mendapati sedang hamil ketika memakannya, berhentilah serta-merta dan dapatkan nasihat doktor.

JENIS PIL PERANCANG YANG TERDAPAT DI PASARAN

a) Pil Kombinasi

Foto: IlaaSuhailaa

Pil jenis ini ialah pil yang biasa digunakan. Ianya mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progestin. Antara jenama yang terdapat di pasaran ialah: Oralcon, Mercilon, Marvelon, Loette, YAZ, Yasmin. Yasmin adalah antara produk yang digemari ramai. Ia dipercayai kurang kesan sampingan walaupun harganya jauh lebih mahal.

Ramai pengguna bersetuju bahawa pil perancang jenama ini tidak mempunyai kesan berat badan berlebihan, tidak menjejaskan putaran haid, dan tidak mengurangkan perasaan berahi dalam hubungan intim. Anda boleh dapatkan pil jenis ini di farmasi berdekatan.

b) Pil Mini

Foto: mama zie

Pil mini dipreskripsi oleh doktor khas untuk mereka yang menyusukan bayi. Ia berbeza dengan pil kombinasi, pil jenis ini tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya dari farmasi kerana boleh memudaratkan jika disalahguna. Pil ini berinteraksi dengan beberapa jenis ubat seperti antibiotik, ubat sawan, arthritis, dan ubat tidur.

TIP BERKESAN KALAU TAK NAK TERLUPA MAKAN PIL PERANCANG

Pil perancang perlu diambil setiap hari, tapi kadang-kadang kita terlupa untuk mengambilnya. Jadi, ini tip yang boleh anda praktikkan supaya tak lupa lagi nak makan pil perancang.

  • Anda perlu pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Cara baik untuk ingat ialah ambil pil selepas berus gigi, sarapan pagi atau sebelum tidur.
  • Gunakan kalendar anda. Tandakan hari yang anda akan mula makan pek baru. Tanda juga pada kelendar selepas anda telah ambil pil.
  • Semak banyak kali. Pastikan anda periksa pek pil untuk memastikan anda betul-betul telah mengambilnya semalam. Jika anda terlupa makan, segeralah makan pil tersebut!

Apapun, semula anda membeli pil perancang di farmasi berdekatan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ataupun, sewaktu anda membawa bayi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan berkala, bertanyalah kepada jururawat tentang cara berkesan dan selamat untuk merancang kehamilan yang seterusnya.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×