Rakyat

Marahkan Isteri, Lelaki Mengamuk Habis Pondok Dibakar…

8
SHARES

Marahkan isteri, pondok dibakar. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki yang berang kerana isterinya keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham, lapor Harian Metro awal pagi tadi.

Baca juga: Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh, Lelaki Dipuji Kreatif!

LELAKI MENGAMUK HABIS PONDOK DIBAKAR…

Gambar: Lelaki mengamuk dan membakar pondok belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana kerana gagal mengesan isteri yang keluar rumah – Ihsan PDRM / Harian Metro

Dia mengamuk sebelum membakar pondok di belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Pada kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun terbabit yang hilang sabar turut membawa sebilah parang pada mulanya mengamuk di hadapan kedai makan terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke belakang kedai dan membakar pondok yang menjadi tempat orang ramai berehat di situ selain turut memecahkan cermin belakang kenderaan milik seorang lelaki.

Sekadar gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri sebelum wanita terbabit keluar rumah.

“Suspek mencari isterinya di kawasan rumah mereka namun wanita berkenaan gagal ditemukan dan dia yang berang membawa parang sebelum membakar pondok belakang kedai makan, selain turut memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki.

“Melihatkan keadaan yang tidak terkawal, orang awam kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian terbabit sebelum suspek berjaya ditahan di rumahnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 12 rekod lampau, masing-masing lapan bersabit kes jenayah dan selebihnya dadah.

“Suspek tidak bekerja dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing terhadapnya. selain turut menyiasat motif dia mengamuk dengan membakar dan merosakkan cermin kenderaan penduduk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 427 KK dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×