Rakyat

Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh, Lelaki Dipuji Kreatif!

60
SHARES

Pelbagai gelagat dan usaha kreatif diambil oleh sebahagian masyarakat sempena perayaan Aidiladha bagi menguruskan daging korban.

Termasuklah menggunakan mesin basuh untuk membersihkan daging korban seperti yang dilaporkan laman berita Kosmo Online, semalam.

Baca juga: Rumah Sepasang Warga Emas Musnah Dalam Kebakaran Dipercayai Dikhianat Jiran

CUCI PERUT LEMBU GUNA MESIN BASUH, LELAKI DIPUJI KREATIF!

Perkongsian di laman sosial makey.24jey memaparkan tindakan seorang individu menggunakan mesin basuh untuk membersihkan daging korban dipercayai bahagian perut lembu.

Berdasarkan video berdurasi 24 saat itu, kerja-kerja membersihkan perut itu juga kelihatan tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna laman sosial memuji usaha kreatif tersebut sekali gus menjadikan ia lebih mudah dan cepat berbanding kaedah tradisional.

“Baru lepas cuci perut lembu, aku rendam dengan air kapur selama tiga jam dan lepas tu tanggal semua hitam-hitam. Tak susah pun,” kata aryan.

“Paling suka bahagian perut tetapi tulah nak cuci memang kena bertabah. kalau sikit bolehlah guna air kapur. Banyak macam ni apa yang ada pun boleh,” ujar Maria.

“Dulu dah pernah guna cara macam ni. Mertua punya marah sampai dia buang mesin tu,” luah Faiz.

VIDEO PENUH:

Sumber: Kosmo Online / Tiktok makey.24jey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×