Advertorial

Malaysia Kian Menyerlah Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik Di Asia. Hebatlah!

539
SHARES

Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara tarikan pelancong. Tapi tahukah anda, Malaysia juga sebenarnya terkenal sebagai pusat pelancongan kesihatan terbaik di dunia?

Jadi, jika anda rasa tahap perkhidmatan kesihatan di Malaysia kurang memuaskan, anda sebenarnya salah! Ingin tahu apa yang hebat tentang pelancongan kesihatan di Malaysia? Mari kami kongsikan dengan anda!

Pelancongan Kesihatan Malaysia menang majoriti anugerah di IMTJ

Malaysia telah memenangi 9 daripada 15 anugerah yang dipertandingkan di Majlis Anugerah Pelancongan Kesihatan Medical Travel Journal 2018, International Medical Travel Journal (IMTJ).

Ini merupakan senarai anugerah yang Malaysia berjaya menangi:

  • International Hospital of The Year – Gleneagles Kuala Lumpur
  • International Specialist Patient Centre of the Year: Institut Jantung Negara
  • International Cosmetic Surgery Clinic of The Year – Beverly Wilshire Medical Centre
  • International Fertility Clinic of the Year – TMC Fertility Centre
  • Best Marketing Initiative – Gleneagles Kuala Lumpur
  • Best Quality Initiative – Thomson Hospital Kota Damansara
  • Highly Commended: Excellence in Customer Service – Gleneagles Kuala Lumpur

Tapi yang paling membanggakan, apabila Malaysia dianugerahkan 2 anugerah utama IMTJ iaitu:

  • Health and Medical Tourism: Cluster of the Year – Malaysia Healthcare Travel Council
  • Highly Commended: Health and Medical Tourism: Destination of the Year – Malaysia

Sebelum ini, Malaysia juga berjaya mendapat pengiktirafan daripada IMTJ sebagai Destination of The Year untuk tiga tahun berturut-turut 2015-2017.

Mengapa Malaysia menjadi pilihan pesakit antarabangsa?

Kos rawatan yang  jauh lebih murah berbanding di negara lain serta kualiti perkhidmatan penjagaan yang bertaraf antarabangsa menjadi tarikan utama pesakit  untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.

Selain itu juga,  sebilangan besar doktor pakar di Malaysia mendapatkan pendidikan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Mesir serta India yang sememangnya terkenal dalam bidang perubatan.

Kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia juga memudahkan urusan komunikasi antara doktor dan pesakit antarabangsa kerana rata-rata doktor pakar di Malaysia mampu bertutur lebih daripada satu bahasa.

Jumlah pesakit antarabangsa mendapatkan rawatan di Malaysia meningkat

Peningkatan pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan di negara ini sangat memberangsangkan apabila pada tahun 2017 sahaja, lebih 1 juta jumlah pesakit antarabangsa telah mendapatkan rawatan di Malaysia.

Indonesia merupakan pasaran terbesar dan mewakili 60 peratus keseluruhan pelancong kesihatan diikuti China, India, Myanmar, Vietnam, Jepun, United Kingdom, Australia, Arab dan Amerika Syarikat.

Rawatan yang menjadi pilihan ialah tulang (ortopedik), mata (oftalmologi), jantung (kardiologi), rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF), saraf (neurologi), usus (gastroenterologi), barah (onkologi), sakit tuan(urologi) pergigian, dan pembedahan kosmetik.

Rawatan kesuburan murah dan berkualiti menjadi tarikan!

Untuk pengetahuan anda, antara rawatan yang sering menjadi perhatian pesakit antarabangsa adalah In Vitro Fertilization (IVF). Secara purata satu daripada dua pesakit berjaya untuk hamil.

Maka tidak hairanlah, apabila TMC Fertility Centre menerima anugerah “pusat rawatan kesuburan terbaik” di dunia atau International Fertility Clinic of the Year di IMTJ 2018.

MHTC bantu mempromosi khidmat kepakaran kesihatan Malaysia di mata dunia

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2009 bagi mempromosi dan membangunkan pelancongan kesihatan dengan lebih teratur.

Pada tahun 2011, MHTC telah melancarkan “Malaysia Healthcare” – jenama bagi industri pelancongan kesihatan negara dengan slogan “Quality Care for Your Peace of Mind” (Penjagaan Berkualiti Untuk Ketenangan Minda Anda”). MHTC telah melonjakkan nama Malaysia Healthcare sebagai destinasi pilihan di kalangan pesakit dari luar negara yang ingin mendapatkan rawatan.

MHTC kini di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertanggungjawab untuk membangunkan industri pelancongan kesihatan secara strategik, di samping memberi impak positif kepada pertumbuhan negara selaras dengan objektifnya untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi kesihatan global terkemuka di dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan pakar yang ditawarkan di hospital-hospital di Malaysia, anda boleh layari laman sesawang www.medicaltourismmalaysia.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×