Asuh

Makin Ditengking Makin Agresif, Ini Rupanya Kesan Asyik Marah Anak

85
SHARES

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak anak mereka. Asuhan diberi sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, lentur buluh biarlah dari rebungnya. Malah tunjuk ajar yang diberi juga perlulah selari dengan perkembangan anak. Walaubagaimanapun, kerenah anak anak kecil tidak sama, ada yang degil dan ada juga yang dengar kata. Bagi anak kecil yang degil, ibu bapa sering mengambil inisiatif untuk menengking ketika memarahi anak anda, ini kerana mereka merasakan anak akan lebih takut jika sebegitu.

Tetapi anda perlu tahu bahawa dengan menengking anak ini, ianya mengundang bahaya kepada anak anda sendiri. Pasti anda tertanya tanya bagaimana ianya memberi kesan kepada anak, Dr Taufiq Razif melalui laman Facebooknya telah berkongsi kesan yang akan terjadi dari cara menengking anak.

Bahaya Tengking Anak

Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif. Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline. Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu.

Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap. Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap. Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.

Kesan Jika Hormon Aktif

Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline. Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :

– lebih berisiko kena penyakit jantung

– lebih mudah kena depression dan anxiety

– kacau sistem pencernaan kita

– kacau tidur kita

– badan makin cepat gemuk

– lebih cepat lupa

– mudah sakit kepala dan migrain

Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga. Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’. Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’ Seram dah nak tengking anak

p/s : Itulah kenapa pentingnya belajar ilmu parenting bersama pasangan masing masing.

Sumber : Taufiq Razif

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×