Dapur

12 Produk Makanan ‘Laku Keras’ Dari Tesco Yang Anda Wajib Beli Sebelum Habis Stok!

321
SHARES

Setiap kali berkunjung ke pasaraya, ada sahaja barangan rumah yang perlu dibeli. Bukan itu sahaja, penuh juga trolley barang dengan makanan yang sedang viral di dalam media sosial bukan? Buat anda yang sering membeli-belah di pasaraya Tesco, pasti pernah dengar beberapa testimoni yang diutarakan oleh orang ramai dimana produk makanan di pasaraya ini sangat berkualiti.

Jadi, salah seorang pengguna di laman media sosial turut berkongsikan beberapa pilihan makanan di Tesco yang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai. Nanti, anda pun boleh cuba!

12 PRODUK MAKANAN TESCO YANG SEDAP-SEDAP BELAKA!

Ok kali ni sis review produk tesco yang semua sedap2..harga pun ok mampu milik. Makanan sedap dan murah harus kita kongsi-kongsi.Sis beli semua ni hasil risik dari kawan2 yang pentegar barangan tesco. Kathy nanti beli popia dgn samosa dia tau sedapp.. kathyyy nanti beli sardin tesco sedap. Kathy nanti cuba pizza dia sedapp, cheese melimpah ruah.

1.PIZZA

Ok pizza tesco ni pun ramai suggest. Tengok gambar pun dah tau confirm sedap. Cuma lasagna je takde tadi, abis.. Baru nak rasa. Lasagna tesco pun ramai kata sedap. Takde rezeki nak cuba. Nak buat sendiri malas.

2.DAGING BURGER

Ni pun ada kawan suggest katanya sedap. Kalah burger Ramly. Ingat nak ambik beef sekali, abis daaa

Harga RM6.39

3.NUGGET

Spicy tempura chicken nugget ni ramai cakap sedap giler dan ramai suruh sis try. Hari tu ambik chicken nugget golden crumb pun dah sedap. Ni hat spicy confirm lagi sedap.

4.BISKUT COKLAT

Haa biskut kapal ni sedap weiii. Wajib korang cuba ok. Jangan beli sekotak, kena beli 2. Beli 1 nanti menyesal.

5.KEROPOK

Sumpah sedap! Rasa macam kopok Twisties bbq curry yang mahal rm2.50 kat Petronas tu. Baru RM1.25 gais. Murah ke murah sangat. That’s why aku cakap barang tesco berbaloi beli. Sebab kebanyakkan produk tesco ni bagus-bagus, sedap, murah dan berkualiti. Barang bagus harus kita kongsi bersama.

6.MILK CHOCOLATE

Adakah coklat tesco sesedap cadbury chocolate. Ok ni pun kena sorok dr afif. Dia nampak ni sekejap dia boleh settle kan.

7.AYAM GORENG

Korang hari tu kan sis beli original fried chicken. Serius weii sedap hahaha Afif makan banyak giler. Rasa macam ayam kepchi pon ada. Ni kita try hat spicy pulak. Tapi ramai kata sedap nak arwah. Tunggu sis goreng ekk.

8.ROTI PARATHA

Hari tu beli plain roti paratha. Sedap gak. Ni cuba yang makcik bawang pulak.

9.MINI BUNS

Haaa mini buns ni pun ramai suruh kita cuba. Ambik custard dan pandan kaya. Red bean pun nampak sedap tapi tak ambik sebab Afif tak suka red bean. Sekarang beli semua fikir anak. Anak makan ke tak ni. Suka ke tak hehehe

10.SPRING ROLL

Ok ni pun berpuluh orang suruh sis cuba. katanya sedap dap dap.. Popia dan samosa. tunggu sis goreng ek..sedap kang sis bagitau.

11.SARDIN

Memang nak cari sardin, tapi sardin ayam brand abis. Tesco pun ok. Ada yg kata sardin tesco sedap, ada kata masin sikit.

12.MI SEGERA TOMYAM

Haa ni sis tunggu-tunggu. Maggi tomyum..Sedap sangat katanya. Ada 2 jenis. Creamy Tomyum dan tomyum biasa. Yg sis ambik ni tomyum creamy. 1 pek besar ada 10 bungkus!

Sumber: Kathy Jem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×