Asuh

Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Akibat Si Bapa Sumbat & Paksa Makan Cili

48
SHARES
cili padi

Mendidik anak-anak yang kian membesar perlu melalui proses secara berperingkat dan setiap ibu bapa menggunakan pendekatan berbeza. Namun, cara untuk mendisiplinkan anak ini tidak perlu keterlaluan sehingga memaksa mereka makan cili padi sebagai denda.

Hal ini kerana, ada satu kes mengejutkan apabila anak berusia 4 tahun maut akibat disumbat cili oleh bapa kerana membuat kesalahan. Sampainya hati!

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

BAPA SUMBAT CILI PADI KONON CARA NAK DISIPLINKAN ANAK

cili padi

Seorang lelaki berusia 38 tahun dikenakan hukuman penjara lapan bulan, setelah mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya dengan melakukan perbuatan terburu-buru iaitu memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun memakan cili.

Kejadian yang berlaku di negara jiran iaitu Singapura ini mendapat satu laporan bedah siasat mendedahkan mangsa meninggal dunia akibat halangan saluran pernafasan akut oleh objek asing.

Dalam kejadian itu, bapa kepada empat anak itu berada di flatnya di Sengkang apabila dia menyedari mangsa berbau najis sekitar jam 1.50 tengah hari. Ketika itu, anaknya sedang menjalani latihan mencuci tandas dan sepatutnya memberitahu ibu bapanya jika dia perlu merehatkan dirinya.

Apabila budak itu menafikan telah mengotorkan dirinya, bapanya menyuruh dia makan cili sebagai cara mendisiplinkan anaknya itu. Memandangkan mangsa enggan makan cili, si bapa duduk di atas kerusi dan menyumbatkan hujung cili ke dalam mulut anaknya itu. Mangsa terus berlari muntah dan tidak sedarkan diri.

Sudah terlambat apabila bapa segera memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya itu dengan tujuan mengeluarkan sebarang sumbatan tetapi gagal. Bapanya, kemudian bergegas membawa anaknya itu ke klinik berhampiran tetapi doktor di situ mendapati anaknya tidak bernafas.

Paramedik yang tiba kemudian segera melakukan bantuan asas hayat (CPR) ke atas budak itu ketika mereka menuju ke Hospital Besar Sengkang. Budak itu disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Pendakwa raya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara sembilan bulan dengan setahun ke atas bapanya kerana risiko memaksa anak kecil makan objek kecil ketika baring adalah begitu jelas. Di bawah undang-undang, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda.

cili padi

Gambar hiasan.

*Ini merupakan kes yang menyedihkan. Oleh kerana satu kesalahan kecil dan tindakan yang kononnya ingin mendisiplinkan anak, mengundang tangisan sepanjang hayat..

Baca juga: Warga Emas Jatuh Dalam Bilik Air Boleh Bawa Maut, Buat 7 Perkara Ini Untuk Elak!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×