Didik

Mak Ayah Kena Tahu 5 Formula Ini Supaya Anak Tak Terlampau Manja Dan Bijak Berdikari!

1K
SHARES

” Along tak payah naik bas balik sekolah ya, ayah akan ambil setiap hari”

Memang bagus apabila ibubapa memberikan perhatian terhadap keselesaan dan keselamatan anak-anak. Namun, jangan sampai terlebih limit kerana anak-anak mungkin akan jadi terlebih manja. Bayangkan, ada situasi di sekolah dimana ibubapa yang memegang beg anak dan dihantar sampai ke dalam kelas. Jika perkara ini berlarutan, anak-anak akan jadi manja dan tidak terbiasa susah atau berdikari. Oleh itu, jom cuba 5 formula supaya anak tidak terlampau manja dari si ayah ini.

5 Formula Supaya Anak Tak Terlampau Manja

Saya dulu sangat overprotective. Saya taknak anak saya susah langsung! Tiba-tiba saya perasan yang anak sulung saya ni jadi makin manja. Bukan manja biasa tapi manja yang ekstrim! Syukur, Ilmu Parenting mengajar saya untuk guna 5 Formula ni supaya anak jadi tak terlampau manja dan Alhamdulillah, sangat sangat berkesan!

FORMULA 1

http://ourlovebonding.com/

Tegas! Jangan mudah mengalah dengan pujuk rayu anak. Anak berumur 6 bulan ke atas dah pandai membuat tangisan manipulatif. Jadi kita kena pandai bezakan tangisan manipulatif dengan tangisan yang real! Tangisan manipulatif ni biasanya bermula bila kita tak ikut kehendaknya.

FORMULA 2

www.todaysparent.com

Konsisten! Kalau kita cakap A kena buat A. Jangan tiba-tiba disebabkan ‘political talk’ anak kita, kita jadi layu dan berubah pendirian. Anak kita akan hafal taktik yang membuatkan kita cair dan jangan pelik kalau tantrumnya makin menjadi jadi kalau kita tak tunaikan permintaan mereka!

FORMULA 3

www.today.com

Tawar menawar! Ada masanya kita kena pakai negotiation skills kita dekat anak sendiri. Contohnya, sebelum masuk kedai, ingatkan dulu pada anak kita apa yang nak dibeli. Baru la anak kita tak jadi ‘anak Sultan’ yang nak beli satu Pasaraya! Kita memang tak boleh nak halang 100% kemahuan anak tapi tak salah kan kalau boleh tawar menawar.

FORMULA 4

listovative.com

Jangan terlalu banyak masuk campur! Kadang-kadang kita lupa tak selamanya kita akan berada disisi anak kita sampai semua benda kita nak masuk campur. Anak kita bergaduh kecil dengan adik pun kita terus halang nak marah si kakak. Kawan anak kita cuit sikit anak kita pun kita nak melenting tak tentu hala. Bila masa anak kita nak asah interpersonal skills mereka? Tu la kenapa anak kita tak pandai bergaul dan terlebih manja!

FORMULA 5

www.thevocket.com

Jadi coach! Anak kita bukannya nak kita jadi ‘baju besi’ mereka yang melekat dan melindungi 24 jam sehari semalam. Mereka cuma perlukan coach kehidupan yang mengajar dan mendidik mereka.

Jika anak kita menangis, jangan kita terburu-buru nak ambil dan tenangkan anak kita. Tanya dulu apa masalah anak kita. Bagi anak kita asah ‘self regulation’ dalaman mereka. Jangan bagi nampak sangat kita ni pembantu yang boleh dipanggil bila-bila masa dan sedia berkhidmat 24 jam untuk mereka. Sampai masanya, mereka jadi boss dan kita yang jadi hamba!

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×