Famili

Lelaki Sanggup Baling Adik Dengan Baldi, Curah Nenek Dengan Teh Suam

19
SHARES

Seorang lelaki didakwa membaling dua baldi ke arah adiknya dan menampar serta menjirus air teh suam ke tubuh neneknya. Kejadian ini berlaku di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya dan difahamkan berlaku kerana si lelaki marah dia dijeling.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, suspek berusia 25 tahun itu dilihat pulang ke rumah dalam keadaan marah oleh adik perempuannya.

Baca juga: Doktor Tak Sengaja Keluarkan Mata Sihat Sewaktu Pembedahan, Seorang Lelaki Buta Sebelah

LELAKI SANGGUP BALING ADIK DENGAN BADLI, CURAH NENEK DENGAN TEH

Jelas beliau, adik suspek berusia 23 tahun menjeling ke abangnya dan tindakannya itu membuatkan si abang naik angin lalu membaling dua baldi ke arah mangsa dan terkena belakang badan mangsa, lapor BH Online.

“Suspek juga menampar dan menjirus air teh suam ke badan neneknya yang berada di rumah sama. Adik mangsa cedera di bahu manakala neneknya yang berusia 64 tahun cedera di pipi.

“Kedua-dua mangsa mendapat rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan semalam dan polis turut merampas dua baldi yang digunakan dalam kejadian. Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×