Famili

Doktor Tak Sengaja Keluarkan Mata Sihat Sewaktu Pembedahan, Seorang Lelaki Buta Sebelah

29
SHARES

Seorang lelaki dilaporkan buta apabila doktor dipercayai secara tidak sengaja mengeluarkan mata yang sihat sewaktu pembedahan dilakukan.

Kejadian ini berlaku di Slovakia dan lelaki berkenaan sepatutnya menjalani pembedahan pada bahagian mata yang rosak namun kesilapan doktor itu membuatkan dia terpaksa menanggungnya.

Baca juga: Kakitangan Perubatan Cuai, Kepala Bayi Dipenggal & Ditinggalkan Dalam Rahim Ibu

DOKTOR TAK SENGAJA KELUARKAN MATA SIHAT, SEORANG LELAKI BUTA

Menurut Daily Star, pihak hospital telah menawarkan rawatan psikologi kepada mangsa dan keluarganya untuk menghadapi kemalangan ngeri itu.

Menurut agensi berita TASR Slovakia, jurucakap Hospital Universiti Bratislava berkata doktor terbabit belum berjumpa pesakit dan pihak berkuasa penyeliaan kesihatan Slovakia kini telah menjalankan siasatan berkenaan situasi itu.

Data dari tahun 2019, seramai 621 pesakit telah mengalami musibah dek kerana kesilapan dan kecuaian doktor yang tidak seharusnya berlaku.

Antara kesalahan pernah berlaku adalah doktor memotong jari kaki pesakit yang salah dan membuang bahagian yang salah.

Angka tersebut menunjukkan doktor telah melakukan pembedahan pada bahagian badan yang salah dan meninggalkan alatan pembedahan termasuk sarung tangan pembedahan, salur dada dan mata gerudi di dalam pesakit berkali-kali.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×