Famili

Kakitangan Perubatan Cuai, Kepala Bayi Dipenggal & Ditinggalkan Dalam Rahim Ibu

25
SHARES

Seorang ibu terpaksa menanggung detik trauma dalam hidup apabila seorang kakitangan perubatan cuai dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.

Kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh., Pakistan. Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.

Baca juga: [VIDEO] “Kesian Dekat Anak-Anak…” Dah 34 Tahun Kahwin Baru Tahu Rupanya Tak Sah

KAKITANGAN PERUBATAN CUAI, KEPALA BAYI DIPENGGAL & DITINGGALKAN

Menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma, lapor NDTV.

Jelas Raheel, kakitangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya. Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.

Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di mana keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu. Tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC tersebut.

Sumber: NDTV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×