Famili

Lelaki Roboh Rumah Bernilai RM150,000, Tak Mahu Didiami Oleh Bekas Isteri

48
SHARES

Seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia nekad merobohkan rumah bernilai 500 juta rupiah (RM147,793) selepas sah bercerai dengan isterinya, lapor akhbar Kosmo Online kelmarin.

Baca juga: Bayi Usia Setahun Jatuh Dari Balkoni Bangunan

LELAKI ROBOH RUMAH BERNILAI RM150,000, TAK MAHU DIDIAMI OLEH BEKAS ISTERI

Gambar: Kelihatan seorang lelaki sedang menghayunkan sebuah tukul – Tribun News.

Menurut sumber, tapak tanah itu merupakan milik bekas isterinya namun kerana lelaki bernama Suaib itu enggan membiarkan rumah tersebut didiami wanita berkenaan maka, dia bertindak sedemikian.

Berdasarkan laporan berita di Tribun News, menerusi paparan video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa jentera berat sedang merobohkan rumah tersebut.

Gambar: Jentera berat yang digunakan untuk merobohkan kediaman selepas bercerai dengan isterinya – Tribun News.

Bapa saudara Suaib, Abdul Hannan berkata, sebelum aktiviti meroboh dijalankan, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan antara Suaib dan bekas isterinya.

Bahkan, pertemuan itu dipantau oleh Mahkamah Agama Pamekasan dan wakil kedua-dua keluarga berkenaan.

Namun, ia tidak berjaya mencapai kata sepakat apabila Suaib berkeras untuk merobohkan rumah tersebut.

Abdul Hannan juga ada menasihatkan supaya rumah itu diserahkan kepada anak-anak mereka, namun tidak diendahkan.

“Kami telah mencadangkan agar rumah itu diserahkan kepada dua anaknya, tetapi cadangan itu ditolak,” katanya.

Gambar: Kediaman di Pulau Madura, Jawa Timur yang dirobohkan bernilai 500 juta rupiah (RM147,793) – Tribun News.

Perobohan itu dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Difahamkan, kini, bekas isteri Suaib menumpang di rumah abangnya selepas semua barang di dalam rumah itu dikeluarkan, manakala lelaki berkenaan tinggal bersama ibu bapanya.

Sumber: Kosmo Online / Tribun News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×