Famili

Bayi Usia Setahun Jatuh Dari Balkoni Bangunan

2
SHARES

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Turki dengan keadaan jatuh kepala dahulu sebelum diselamatkan seorang lelaki yang berada di situ, lapor Kosmo Online semalam.

Video kejadian kanak-kanak jatuh itu dirakam di bandar Amasya, utara Turki.

Baca juga: ‘Terlupa’ Ada Anak Dalam Kereta, Budak Perempuan Maut Ditinggalkan Berjam-Jam

BAYI USIA SETAHUN JATUH DARI BALKONI BANGUNAN

Gambar: Kanak-kanak lelaki itu terjatuh lalu melantun di belakang seorang lelaki. – The Sun

Difahamkan, mangsa dilihat melantun di atas bahagian belakang seorang pembeli yang berada di hadapan sebuah kedai sebelum jatuh ke atas lantai.

Ketika kejadian pembeli itu, Ruhi Asci sedang meninjau dari luar tingkap sebuah kedai ketika mangsa, Khatira Amiri tergelincir melalui pagar balkoni dan terkena bahunya.

Sumber daripada The Sun melaporkan, Ruhi yang kelihatan terkejut kemudian berpaling dan mendapati bayi Khatira terjatuh di atas lantai konkrit berhampiran dengannya.

“Pada mulanya, saya fikir pasu bunga yang jatuh menimpa saya. Apabila saya menoleh, saya menyedari ia adalah seorang kanak-kanak.

“Kanak-kanak itu terjatuh di atas belakang saya terlebih dahulu, sebelum jatuh ke atas lantai. Kelihatan sedikit darah mulai keluar dari mulut dan giginya,” kata Ruhi.

Gambar: The Sun

Ketika dia cuba memeriksa, ibu kanak-kanak berkenaan berlari keluar dalam keadaan panik. Kemudian kedua-duanya bergegas membawa Khatira ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Media tempatan melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki itu bermain di balkoni pangsapuri di tingkat satu apabila dia tergelincir melalui pagar.

Laporan mengatakan bahawa anak kecil itu kini berada dalam keadaan stabil bersama ibunya. Tidak jelas sama ada pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian itu atau sebaliknya.

Sumber: Kosmo Online / The Sun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×