Didik

Lebih 59k Perkongsian FB, Idea Sensory Bag Untuk Anak Kecil Ini Wajib Dicuba

133
SHARES

Ketika proses anak-anak semakin membesar, perkembangan dari segi intelektual dan perbuatan adalah yang paling ketara dapat dilihat. Begitu juga dengan kekuatan sensori iaitu dari segi sentuhan mereka. Salah satu idea yang ibubapa boleh cuba untuk lebih melatih anak supaya mahir dalam sensory development adalah dengan menggunakan sensory bag. Nak tahu macam mana? Jom kita baca perkongsian ini.

IDEA SENSORY BAG UNTUK MOTOR DEVELOPMENT

Sensory bag bagus untuk fine motor development. Sesuai untuk baby dan anak kecil. Saya compile untuk rujukan masa depan saya dan kawan-kawan. InsyaAllah, ni projek homeschool terdekat saya untuk Amnah dan Iffah.

1. Sensory bag jenis ni sesuai untuk umur setahun ke bawah. Untuk toddler mungkin boleh buat lebih advanture sikit. Tambah objek numbers ke, alphabets.

2. Dah pandai pegang pensel, boleh start guna cotton bud. Probably umur setahun ke atas.

3. Simple je cara buat sensory bag. Guna minyak rambut baby atau jelly sebab warna jernih mudah serap warna. Pastu pewarna makanan. Aksesori dalam zipper bag ikut kreativiti mak. Macam contoh ni, dia guna pemadam kecik2 tu. Cute kan?

4. Ni lagi simple. Guna minyak dengan air je. Anak akan seronok main picit-picit untuk gabung minyak dan air. Mustahil la kan. This is science my friends. Ketumpatan air dan minyak berbeza. Akan ada seperate layer.

5. Ni next project utk Amnah. Tak sabar nak cuba.

6. Sensory bag for tummy time.

7. Cara lain. Kalau guna gel jernih, boleh letak gambar alphabets atau numbers belakang sensory gel. Lepas tu minta anak tiru lukisan guna jari atau cotton buds.

*Boleh cuba untuk rangsang minda anak-anak dengan lebih cepat!

Sumber : Nurul Aiman 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×