Famili

Lebih 29 Ribu Perkongsian FB, Si Ayah Ini Kongsi Nasihat & Cabaran Menjaga Anak Perempuan

385
SHARES

Orang cakap, ‘susah-susah jaga lembu sekandang, susah lagi nak jaga anak perempuan seorang’. Namun, jangan salah anggap pula kerana menjaga anak perempuan bukan sahaja tugas yang perlu digalas oleh ibu sahaja tau. Si ayah pun perlu mengambil berat perihal anak perempuan dan tidak hanya fokus kepada anak lelaki sahaja. Kalau anak perempuan secara tiba-tiba mengadu mengenai masalah kewanitaan, apa nak kena jawab? Jom kita baca perkongsian si ayah ini yang boleh dijadikan nasihat buat ayah-ayah di luar sana.

KAU KENA ADA ANAK PEREMPUAN DULU BARU TAU APA ITU ERTI MENJADI BAPAK

Anak first aku adalah jantan. Ingat lagi betapa eksaitednye aku time dia keluar, yeah skang aku sudah boleh di gelar bapak. Well, rupa-rupanya kepala bapak kau! Belum lagi bro. Bila keluar Husna baru tetiba aku tersentak. Baru aku nampak. Shit. Ni kerja susah ni. Pastu Ameena plak. Ya Allah mati aku. Double trouble. Botak gua.

Kenapa Jaga Boys Lagi Sempoi?

www.groupon.com

Boys senang. Kecik-kecik diaorg mmg lagi nakal, pecah rumah, kerap buat stunt, injured patah luka tu standard. Tapi kau boleh marah, hukum or pukul kalau perlu utk didik diaorg. Diaorg listen to lojik eg: Jahat=Lempang. Baik=No Lempang. Bodoh skit ehh banyak…compared to girls, so cakap lambat, baca lambat, cerdik lambat tapi klau besar2 dia skor, senang nak masuk uni sebab ada kuota lelaki. Nice.

Basically aim korang adalah utk menjadikan dia seorang yg matang, beriman, independent dan kuat physically kerana one day diaorg akan menjadi ketua keluarga dia sendiri. Tak nak lah jadi seorang pemimpin yg lemah macam negara ki…ehhh tarik handbrake.

Anak Perempuan Hanyalah Pinjaman

www.askmen.com

Memang banyak benda yg lagi best bila dpt anak pompuan. Eg, kecik-kecik pakai pampers lagi tapi kau dah boleh ajak bersembang ngumpat, dia sayang bapak lebih, manja lagi, pandai belajar, rajin jaga adik, lurus bendul so senang kene sakat dgn aku etc.

Tapi one day, masa aku dok main2 peluk cium husna masa dia kecik2 dulu, tetiba aku terfikir, siapalah yg akan kawin dgn dia nanti. Klau laki dia asshole macam aku cemana? Or cemana klau terbalik anak aku pulak yg jadi isteri asshole? Sudahh! Lets face the facts. Anak lelaki akan sentiasa menjadi hak kita sampai mati. Tapi anak pompuan hanya jadi hak bapak sampai dia kahwin je. Lepas tu kita terpaksa lepas tangan.

So bagi aku, anak pompuan ni adalah macam harta yg kita pinjam. Standard brg yg kita pinjam, kita kenelah jaga elok2 supaya bila kita return, barang tu still cun. Sama cam anak pompuan. Tuan punya dia yg sebenarnya, yang hakiki, adalah bakal laki dia. Bukan aku. Aku hanyalah penjaga amanah. So sementara bawah jagaan aku ni, aku kenelah make sure tak cacat anggota tubuh badannya, terjaga kesihatannya, cukup pembelajaranya dan paling penting, solid agamanya.

Cabarannya

www.freepik.com

Dan itu semuanya bukan benda yang mudah. Tiap kali diaorang terjatuh, melompat aku pegi tolong cepat-cepat takut2 terluka ada parut or patah bagai. Bila tidur terkangkang, aku tutup rapatkan kaki takut vagina masuk angin. Bila jalan-jalan, aku scan mata-mata org lelaki yang pandang anak-anak dara aku, sapa yg usha lebih2, aku plak akan usha diaorg dgn muka resting bitch face aku. Tau cuak.

Pastu klau diaorg buat salah, kadang2 marah2 shaja tak jadi. Nak pukul tak sampai hati. Air mata menjadi senjata mereka. Pastu di follow-up dgn merajuk pulak. Adoila. Baru aku trasa benarnya hadith wanita ni macam tulang rusuk. Nak luruskan silap2 patah.

Pastu semakin diaorg besar, personaliti diaorang semakin complicated. Hormon dah datang dah. Mula dah banyak berangan. Suka tengok cerita korea. Minat Shawn Mendes or nauzubillah Biber. Mood swing teruk, tetiba je emosi terganggu tanpa sebab yg munasabah. Sabar je la aku. Toksah di layan. Aku tau dia bukan marah kat aku. Toh sah lah kita as a parent, berhati tisu mudah terasa. Dia tengah bergaduh dgn ovari dia sendiri tu.

http://www.newkidscenter.com/

Physiologically, vagina is more complicated drp penis. Utk anak lelaki, kau hanya perlu tanya dia masa kecik2, “Wei bilang telur kau ada dua ke satu?”. Klau ada dua, beres. Pastu citer kat dia masa dia besar skit, beza antara air mazi yg jernih dan air mani yg macam telur separuh masak. Setel tanggungjawap bapak.

Tapi vagina adalah satu organ yg jahat. Hanya ada dua je jasa baik vagi utk wanita. Satu seks. Dua anak. Selain drp tu, apa2 yg berlaku pada vagi adalah semuanya bad news. Sebab tu kita ada pakar sakit puan. Beribu2 masalah kot dtg punca drp situ.

Paling koman utk budak2 adalah UTI (Urinary track infection). Puncanya kencing tak basuh elok2 or just physiologically female are more susceptible. Brapa kali Husna or Ameena komplen sakit wewe masa kencing papa. Gatal wewe la papa. Wey. Huish! I dont want to hear. Go to mama. Pastu bila dah nak matang ni mulalah keluar macam2 cecair. Inilah punca gambar yg aku post ni. Husna datang komplen kat aku kata spender dia selalu basah. Melompat aku. Lalala tanak dengar. Cari mak kau.

Last aku jugak yang kena pergi mydin beli panty liner ni. Bukan sanitary pad okay utk jantan2 yg tak reti. Ini liner. Bukan eye liner hokay! Oh sebelum lupa. Utk bapak-bapak yang ada anak pompuan, sila menuntut ilmu dan buat practical cemana nak pakai pad ni drp bini2 anda. Sebab odds are 50:50 chances masa anak kau tetiba dtg first haid nanti, bini kau takde kat rumah. Berlaku kat kawan aku kay, bini dia outstation. Padan muka ngelabah. Haha.

http://www.india.com/

Pastu korang kene aware, perubahan pada tetek berlaku dulu seblum masalah downunder datang. So jangan tunggu dah dtg haid baru nak beli bra! Nampak dah ada skit, pegi beli singlet or bra budak2 tu. Paksa pakai tudung so cover lagi. Haha.

Future challenge

Anak aku belum datang bulan lagi. Perjalanan aku selaku bapak kepada anak pompuan masih panjang. Belum masalah cintan lagi. Kene dump, kena main dgn jantan lagi. Masalah gaduh dgn kawan-kawan bitch lagi. Etc.

Masalah yg lagi serius adalah study anak aku. Adakah dia nanti akan ada opportunity utk sambung belajar course yg dia nak? Sebab ramai naw pompuan yg pandai so tempat utk pompuan di IPTA adalah very competitive sekarang ni. So kene awal2 buat planning utk go private university path if tak dpt masuk yg awam.

http://www.universitiesintheusa.com/

Later on, equally serious problem will be, ada ke org nak kawin dgn anak aku ni. Lelaki makin kurang. Lelaki yg berkualiti pula adalah endangered spesis. Timing window plak hanya 24-30. Peh. Bahaya ni. So kene ada alternative plan, klau dia tak laku nanti adakah dia nak fokus kerjaya ke cemana. Or nak ke kitaorg carikan kat Lazada.

Janji Syurga

Memang dalam Islam, cabaran utk jaga anak pompuan di akui lebih susah. Tapi lagi besar dugaan, maka lagi besarlah ganjarannya. Banyak giler kot hadith yg mengutamakan tanggungjawab menjaga anak perempuan ni. Keep in context yg hadith2 ini semua keluar pada zaman di mana, satu dunia memandang hina terhadap anak pompuan. Islam bukan anti-feminism hokay. We initiated feminism.

http://manado.tribunnews.com/

Aku petik dua hadis je yg terkesan pada aku

Drp Aisyah r.a. Rasulullah saw bersabda,
” Sesiapa yg diberati menanggung urusan menjaga dan memelihara anak2 perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dgn baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya drp api neraka”
(HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Drp Jabir ibn Abdullah,
Rasulullah saw pernah bersabda
“Sesiapa yg ada 3 anak perempuan yg dia jaga, dia cukupi dan beri mereka kasih sayang, maka pasti baginya syurga”. Seseorang bertanya “Dua juga wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab “Dan dua juga”
Musnad Ahmad 13835
Di Hasan oleh Syeikh Al-Albani.

Dan aku ada DUA!

Oleh itu, kepada bapa2 yg mempunyai anak perempuan, tahniah! Kini anda telah memenuhi definisi seorang “Bapak”. So good luck! Dan kepada bapa2 yg hanya ada anak lelaki, hek eleh! Korang hanyalah umpama berjaya menang Champions League dlm FIFA pakai Barcelona dgn setting Beginner bro. Belum di uji lagi bro.

Mungkin Allah tahu korang tak tahan di uji sebab tu la tak layak dpt anak pompuan lagi bro. Kira kalau dlm sekolah utk bapak2, kau di kelas corot bro.*gurau

Sumber: Mangkuk Hayun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×