Nur

Larangan Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000

31
SHARES

Seperti mana kita tahu, air zamzam berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Mekah. Biasanya, umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah mereka akan berkunjung ke telaga zamzam dan bawa pulang ke tanah air untuk disedekahkan atau disimpan sebagai bekalan.

Terbaharu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu posting di Facebook tentang larangan jualan air zamzam.

Baca juga: ‘Memang Jimat & Mudah’- Wanita Kongsi Cara Mudah DIY Umrah Tanpa Agensi Pelancongan

LARANGAN JUAL AIR ZAMZAM, PENJARA KURANG 2 TAHUN

Hal ini kerana ada segelintir individu mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan air Zamzam disebabkan permintaan yang tinggi kerana banyak khasiatnya.

Larangan Jualan Air Zam-Zam. Terdapat pihak yang mengambil kesempatan mengimport, menjual dan mengedarkan air zam-zam sempena kedatangan musim haji pada tahun ini.

Diingatkan semula bahawa penjualan air zam-zam di Malaysia adalah DILARANG dan pihak yang melakukan perkara tersebut bakal dikenakan hukuman jika disabitkan kesalahan. 

Salurkan aduan anda kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia jika mempunyai sebarang info berkaitan pengimportan, pengedaran dan penjualan air zam-zam.

Untuk pengetahuan, air zamzam ini termasuk dalam kategori air mineral semula jadi yang telah termaktub di bawah Peraturan360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagi yang mempunyai maklumat tentang kegiatan haram ini, diminta menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga korang boleh lakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×