40 Minggu

“Lagi Kerap Anak Menyusu Lagi Lancar Aliran Susu Si Ibu & Kurang Risiko Bengkak Susu”

112
SHARES

Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita sudah mengetahui tentang kelebihan breastfeeding atau menyusu badan kan? Bukan sahaja dapat mengembalikan tubuh badan seperti sebelum bersalin dan menyalurkan khasiat terbaik buat anak, menyusu badan dengan kerap juga dapat mengurangkan risiko bengkak susu. Ini adalah antara tips breastfeeding yang para ibu perlu tahu  supaya dapat terus membekalkan nutrisi terbaik buat si manja.

LAGI KERAP MENYUSU, MAKIN KURANG RISIKO BENGKAK SUSU

Kepada mak mak yg bakal atau pun sudah melahirkan, focus lah pada no 1 ni dulu. Direct Feed (menyusu secara direct) atau secara bahasa pasarnya nenen kan anak tu sekerapnya. Jangan pernah rimas anak jadi sticker melekat siang malam dengan awak. Tak itu bukan tanda dia tak cukup susu. Itu sangat normal untuk baby yang baru lahir. Lagi kerap dia menyusu , lagi lancar aliran susu awak. Makin kurang risiko bengkak susu.

TAK PAYAH RISAU KALAU TAK BENGKAK SUSU

Itu tandanya your milk supply dah mengikut demand anak awak. Jangan buang masa picit dan analisa kepekatan susu sendiri. Yang cair awak nampak tu foremilk. Memang cair sebab tu susu awalan. Badan kita ni akan keluarkan susu cair dulu baru susu pekat (hindmilk) . SEBAB TU KITA BEBEL SIANG MALAM KT AWAK , KERAPKAN PENYUSUAN KALAU NAK SUSU PEKAT.

Komposisi susu badan kite ni 88% peratus dari air. So mana mungkin dapat pekat likat mcm dodol. Betul tak? Belajar lah menyusu anak secara direct dahulu. Lepas tu baru awk pikir pasal pump , pasal milkbooster (MB TAK SALAH , YANG SALAH KALAU MAKNYA BERGANTUNG PADA MB TAPI TAK NAK DF ANAK KERAP-KERAP) yang salah kalau mak ingat tak makan mikbooster susunya tak ada. ITU YANG SALAH.

Allah SWT dah jadikan susu badan awak tu sempurna untuk anak awak. Tak perlu risau akan komposisi susu tu. Pekat atau cair dua-dua diperlukan anak. Yang anak tak perlu adalah mindset negative maknya ketika menyusukan.

Sumber : Nor Amalina, Kaunselor Penyusuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×