Pantang

Ibu Ini Kongsi Tips Elak Berat Badan Naik Mendadak Ketika Menyusukan Anak, Kekal ‘Slim’!

1.9K
SHARES

Bila sudah berbadan dua ini, salah satu perkara yang si ibu akan risaukan adalah berat badan bertambah. Bukan sahaja ketika mengandung, selepas bersalin pun berat badan masih tak turun malahan makin bertambah. Kata orang, biar berat bertambah janji susu badan untuk anak cukup, betul ke? Jadi, kalau anda mahukan susu badan tak ‘kering’ dan dalam masa yang sama berat badan pun maintain seperti anak dara, jom kita ikut tips dari perkongsian si ibu ini. Menarik!

Post ini khas untuk ibu menyusu dan bakal-bakal ibu juga.

Gambar kiri tahun 2016 saya pegang Adam & Gambar kanan tahun 2017 saya pegang Ayra. Cerita bermula lepas saya lahirkan Adam, masa dalam pantang semuanya bagus.. berat turun banyak, kurus wow wow ! Tapi selepas habis tempoh berpantang, badan saya naik bagai di pam pam!

Sebab apa naik? Sebab dah tak makan makanan pantang kan? Dah lepas 44 hari (ops sya pantang adam 30 hari je) and redah makan macam-macam. Nak jaga kesihatan ni bukan pulun masa pantang je jaga itu ini, lepas pantang pun kena jaga sistur. Peliknya orang kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis-manis potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya.

Nak jadikan cerita, saya kan kerja sendiri dan memang bawa Adam kemana-mana. Fully breastfeed. And saya cepat terpengaruh dengan kata-kata orang yang ibu menyusu ni boleh je makan banyak, sebab nanti akan proses jadi susu kan? And yes saya memang makan banyak like very the banyak.. milo sehari 2-3 kali konon tak nak bagi susu drop. Nasi berpinggan-pinggan, sampailah berat saya naik 68 kg dengan ketinggian 163 cm which is OVERWEIGHT dan dah lebih bmi normal. Tapi xnampak sangat sebab saya agak tinggi jugak kan.

www.facebook.com/nuraisyah.abuhusin

Zon selesa datang bila setiap kali makan banyak dan direstui oleh orang sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan kerja nak menyalahkan orang je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan macam pirana. Ada diet yang membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga.

Jadi bila bersalin Ayra, saya dah ready mental dan fizikal, anak kedua kan.. takkan nak ulang benda yang sama betul tak? Lagipun, Ayra lahir masa Adam baru 1 tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh) . So saya amalkan ini utk make sure susu cukup untuk kedua-dua anak saya dan saya pun tak gemuk.

TIPS SUPAYA BADAN TAK NAIK WALAUPUN ‘BREASTFEEDING

www.facebook.com/nuraisyah.abuhusin

1) Minum air masak / air sejuk pun boleh janji plain water sebanyak 2-4L sehari. Ibu-ibu perlu faham, air adalah perkara paling penting untuk penghasilan susu.

2) Kerap direct feeding / follow jadual pam yang betul. Susu ibu ni demand and supply. The more demand, the more milk will be supplied.

3) Heavy breakfast. Saya makan nasi sebagai breakfast (dalam portion 1 org makan bukan 2 bukan 3 ye)

4) Wajib makan buah dan sayur (makan 3 kali sehari dah memadai). Lunch makan nasi lauk semua tapi portion seorang je. Tak perlu makan lebih konon untuk 2 orang.

http://odishasuntimes.com/

5) Wajib minum susu (saya minum susu HL coklat memang minum dari pregnant sebab ada acid folic) limit maximum sehari 2 gelas je

6) No milo (milo kosong ke ape semua tak boleh) sebab kandungan gula dia tinggi dan faktor penyebab gemuk & segala minuman 3 in1 juga ya.

7) Dinner sebelum pukul 8 malam, dan kalau lapar tengah malam saya akan makan buah dan minum air masak. Stok buah kena sentiasa ada kat rumah.

www.babycentre.co.uk

Dengan amalkan tips ni semua berat saya mampu maintain 57 kg sekarang ni dan masih berjuang menyusukan Ayra penuh dan Adam pun tumpang sekali sebab masih belum wean off.

Yang penting adalah pemakanan seimbang, jangan disebabkan ibu menyusu anak menjadi green light untuk ibu bedal semua benda. Sekali sekala nak cheat day makan manis is okay, tapi kalau hari-hari makan tak ingat dunia memang gemuklah jawabnya ibu ibu semua.

*Menyusukan anak bukan REASON untuk korang gemuk. Sekian tips ikhlas dari Nuraisyah Abu Husin & saya bukan pakar pemakanan . Yang ada isteri asyik merungut badan naik sebab menyusukan anak tu, boleh la bg info ni kat isteri tercinta ya!

Sumber : Nuraisyah Abu Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×