Dapur

Resepi Choco Ball Tak Perlu Guna Oven, Uli Bulat-Bulat Dah Boleh Makan!

“Malasnya alahai nak buat segala biskut raya ni. Dahla oven rosak…”

Jangan pening kepala bila nak buat kuih raya tapi oven di rumah rosak. Salah satu resipi biskut raya atau manisan yang anda boleh cuba adalah Chocolate Ball atau Choco Ball yang tidak memerlukan anda menggunukan oven. Bukan sahaja sesuai untuk dibuat bekalan kuih raya, malah anda boleh jadikan manisan ini sebagai juadah sampingan ketika berbuka. Kepal-kepalkan sahaja choc ball ini dah boleh makan!

BAHAN-BAHAN CHOCO BALL

Jom kekawan kita buat ni..senang sangat..tak perlu guna oven untuk membakarnya..hanya gaul kepal dah siap untuk dimakan..kalau nak hias tu terpulang masing-masing ya..kalau nak makan begitu saja pon sedap..jom intai resepi..

– 1 cawan milo

-1 cawan nestum

-Setengah cawan susu pekat manis

-1 botol kecik mentega kacang..170g

-Badam cincang

-Coklat chip

-Badam dan coklat chip tepulang nak guna banyak mana ya

Cara-caranya

1. Gaul semua bahan pastu kepal bulat-bulat. Siap, untuk hiasan tepulang kreativiti masing-masing ya..kalau nak boleh ja ikut macam saya buat. Uli bulat-bulat macam ini.

2.. Yang ni saya salutkan dgn coklat masakan n tabur coklat rice..

3. Yang ni biar kosong..

Sumber : Masni Bahari

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top