Famili

Kualiti Setanding Flagship, HUAWEI nova 5T Trend Terbaru Dengan Prestasi Memukau!

4.4K
SHARES

Belum lagi berada di pasaran, namun model mid range terbaru daripada HUAWEI, nova 5T telah menjadi sebutan ramai. Rata-rata pengguna setia HUAWEI juga menanti kemunculanya.

Membuat penampilan sulungnya di Malaysia pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KKLW) 2019 minggu lalu, rata-rata pengunjung yang menyaksikan gimik penampilan HUAWEI nova 5T begitu teruja dengan model itu.

HUAWEI nova 5T lebih dari sekadar gaya


Tampil sebagai generasi ke-5 nova, HUAWEI nova 5T telah dilengkapkan dengan perisian kelas pertama dan harga berpatutan menjadikannya telefon pintar yang berpretasi terbaik pada harga mampu milik.

HUAWEI nova 5T tampil dengan 3 warna memukau iaitu Midsummer Purple, Crush Blue, dan hitam dengan reka bentuk yang terkini.

Kelebihan yang dimiliki HUAWEI nova 5T berbanding model mid range yang lain pastinya 5 kamera telefon dengan teknologi AI iaitu 16 MP Ultra Wide Angle, 48 MP kamera utama SONY 1/2″ sensor, 2 MP Depth Assist dan 2 MP Macro. 

Turut dilengkapi dengan 32 MP kamera selfie dengan 3D Potrait Lighting menjadikan HUAWEI nova 5T pilihan buat anda yang gemar merakam gambar wajah.

Selain itu juga, HUAWEI nova 5T juga mampu menghasilkan gambar yang cantik walaupun gambar diambil pada waktu malam dan kurang pencahayaan kerana ia dilengkapi dengan AIS Super Night Mode. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasil akhir gambar anda.

HUAWEI nova 5T setanding kualiti flagship

Ternyata HUAWEI nova 5T  berada dalam kelasnya tersendiri, dilengkapi dengan kemaskini EMUI 9.1 bagi membantu kelancaran telefon.

Kemaskini ini memberi fokus kepada kemudahan hiburan melalui peranti mudah alih tanpa had video panggilan masuk. Proses pemindahan dokumen, gambar dan video juga boleh dilakukan dengan cepat dengan perkongsian tanpa wayar One Tap Share.

Selain itu, HUAWEI nova 5T ini juga memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.

Rasai pengalaman mengujakan bermain games dengan gaya

Bagi pengemar permainan atas talian, anda kini boleh mengoptimumkan permainan di mana sahaja dengan mengurangkan penggunaan bateri, visual permainan yang tinggi dan permainan yang lancar tanpa frames kerana HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0 yang pastinya membantu mengurangkan sebarang mod gangguan.

HUAWEI nova 5T ini juga mempunyai bateri berkapasiti 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang membolehkan bateri dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam 30 minit.

Pra tempahan dibuka, dapatkan HUAWEI nova 5T anda!

Bermula berada di pasaran pada 7 September 2019 dengan harga bermula RM1599. Anda sudah pun boleh mula membuat pra tempahan bagi HUAWEI nova 5T bermula 29 Ogos 2019 sehingga 5 September 2019.

Melalui pra tempahan, anda berpeluang menerima hadiah eksklusif Mini Speaker Huawei bernilai RM198, SuperCharge Car Charger HUAWEI bernilai RM127 dan PERCUMA satu tahun waranti tambahan. Tawaran ini bakal berakhir pada 30 September 2019.

Nak lebih mudah buat saja pra tempahan korang di sini.

Selain itu, bagi pengguna telefon pintar sedia ada nova, anda juga boleh bertukar ke telefon pintar terbaharu ini melalui Level-up Program yang bakal tersedia di semua kedai HUAWEI bermula 7 September 2019 nanti.

Jika anda berminat dengan peranti HUAWEI nova 5T, anda boleh layari laman sesawang HUAWEI untuk membuat tempahan awal.

MediaPad M5 Lite 10 dibuka untuk pra tempahan

Selain Huawei nova 5T, MediaPad M5 Lite 10 juga dibuka untuk pra tempahan bermula esok dengan harga bermula RM1299. Dilengkapi dengan Multiple Eye Protection dan sistem suara yang diiktiraf Harman Kardon pasti tak mengecewakan anda.

Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif berupa pembesar suara mini dan Mpen bernilai RM268. Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari saja kedai atas talian HUAWEI atau ke HUAWEI Stores berdekatan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×