Rakyat

KTM Tren Khas MySawasdee Tawar Harga Durian Runtuh Serendah RM75 Ke Hatyai Disember Ini!

18
SHARES

Nampaknya ramai dalam kalangan kita yang sudah merancang untuk melancong bukan sahaja dalam negara, malah ke luar negara juga. Kalau pergi ke negara yang lebih jauh memerlukan kos yang tinggi, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk ke negara jiran seperti Thailand sahaja.

Berita baik buat anda yang suka ke Thailand adalah, perkhidmatan keretapi dari KL Sentral ke Hatyai kembali dengan promosi hebat yang akan beroperasi 9 Disember ini!

Baca juga: Keretapi Dari Padang Besar- Hatyai Kembali Beroperasi 15 Julai!

Perkhidmatan tren khas My Sawasdee December Mania dari KL Sentral ke Hatyai ini akan beroperasi pada 9, 23 & 30 Disember ini menawarkan tambang perjalanan dari RM75 untuk perjalanan sehala. Memang murah!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasakan pengalaman menaiki perkhidmatan ETS dalam ‘business class’ dari KL Sentral, Pulau Pinang, Ipoh dan bandar lain untuk ke Hatyai.

Antara kemudahan yang anda boleh dapat dalam perkhidmatan keretapi ini adalah: –

– Akses ke Ruby Lounge

-Sistem hiburan skrin sentuh dalam keretapi

-Port mengecas dan USB

-WIFI Percuma

– Bantuan keselamatan atas keretapi

-Makanan disediakan atas keretapi

-Kit kemudahan turut disediakan

-Kafe

-Kemudahan tandas

JADUAL PERJALANAN TREN KHAS MY SAWASDEE

Berikut merupakan jadual perjalanan Tren Khas My Sawasdee untuk bulan Disember untuk panduan anda. Mana tahu nak rancang perjalanan dengan betul dahulu supaya anda boleh bawa seisi keluarga ke Hat Yai!

Boleh book tiket di https://online.ktmb.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×