Rakyat

KPT Bantu Pelajar IPT, Boleh Nikmati Makanan Serendah RM3.50

4
SHARES

Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) kini boleh menikmati makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 untuk satu hidangan. Inisiatif Basket Siswa Keluarga Malaysia bertujuan menangani kenaikan kos sara hidup dalam kalangan penuntut IPT.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia Selasa lalu, turut dihadiri pengurusan tertinggi atau wakil universiti awam (UA), institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Baca juga: Ahli KWSP Kini Boleh Beli Insurans & Takaful Guna Akaun 2

KPT BANTU PELAJAR IPT, BOLEH NIKMATI MAKANAN SERENDAH RM3.50

Pelan itu turut mengambil kira sara hidup siswa yang lebih luas termasuklah keperluan pengajaran dan pembelajaran seperti pelan data dan peranti, penginapan, pengangkutan dan yuran.

Noraini berkata, mesyuarat jawatankuasa itu bersetuju inisiatif Food Bank Siswa diperkasa menerusi penubuhan hab Food Bank Siswa yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak dan sebagai projek rintis, katanya, Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah.

“Pihak IPT turut disaran untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut,” katanya.

Noraini berkata, KPT akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan bagi melihat kebolehlaksanaan pemberian rebat atau pengecualian cukai kepada penyumbang yang menyalurkan tajaan dalam pelbagai bentuk berkaitan keperluan siswa, termasuklah bantuan tunai, barangan atau perkhidmatan.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×