Pra-Hamil

Senarai Rawatan Kesuburan Di Klinik LPPKN Beserta Kos Terkini 2019. Ini Prosedurnya

926
SHARES

Menurut BERNAMA, Dr Wan Azizah berkata Total Fertility Rate (TFR) iaitu purata bilangan kelahiran bagi setiap wanita dalam lingkungan usia reproduktif menurun daripada 6.7 pada tahun 1957 kepada 1.9 pada tahun 2019 di Malaysia.

Senario penurunan TFR itu antara faktor utama yang bakal menjadikan Malaysia pada masa hadapan mempunyai lebih ramai warga tua dengan negara diunjurkan menjadi negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus daripada populasi rakyat mencapai umur lebih 60 tahun.

Klinik Kesuburan (Subfertiliti) LPPKN

Sejak tersebarnya kejayaan LPPKN membantu pasangan untuk mendapatkan zuriat dengan 5000 kelahiran bayi dicatatkan sehingga tahun 2019, makin ramai yang ingin tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Subfertiliti LPPKN.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya macam mana cara nak dapatkan rawatan dari Klinik Subfertiliti LPPKN. Mahal ke? Susah ke nak buat appointment? Macam mana prosedurnya?

Berikut adalah senarai edar yang lengkap dengan maklumat bagi anda yang bercadang mendapatkan rawatan di sana.

Panduan Menjalani Rawatan Kesuburan Di Klinik LPPKN

Bagi mendapatkan temujanji pertama, hubungi Klinik LPPKN yang terdekat untuk anda kunjungi.

Buat masa ini, terdapat 3 cawangan Klinik Subfertiliti LPPKN iaitu:

  • Klinik Subfertiliti LPPKN Jalan Raja Laut, KL (HQ) : 03-2613 7555
  • Klinik Subfertiliti JB : 07-5588 204
  • Klinik Subfertiliti Ipoh : 05-254 8623

*Selain 3 klinik ini, kesemua cawangan LPPKN yang ada di setiap negeri turut menawarkan khidmat nasihat, kaunseling dan maklumat yang diperlukan bagi pasangan yang memerlukan konsultasi peringkat awal.

Rujuk senarai klinik di SINI.

Foto Kredit: says.com

Temujanji Pertama

Temujanji pertama dijangka mengambil masa selama 4-5 jam bagi mendapatkan profil kesuburan kedua-dua pasangan.

Senarai caj bagi temujanji pertama serta dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

Hasil daripada temujanji pertama, keputusan akan dinilai bagi menentukan langkah seterusnya. Pasangan mungkin akan dirujuk ke Hospital bagi melakukan prosedur yang disarankan oleh doktor.

Berikut adalah carta alir bagi pengurusan Subfertiliti di Klinik LPPKN secara kasar.

Kemudahan & Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh LPPKN

Antara perkhidmatan yang sering ditanya beserta anggaran kosnya adalah seperti berikut:

  • IUI (Permanian Beradas) : RM 1,000 – RM 1,500
  • IVF (In Vitro Fertilization) : RM 10,000 – RM15,000
  • ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection) : RM10,000 – RM 15,000

Rawatan Yang Berkualiti Dengan Kos Yang Lebih Berpatutan

Berbanding klinik swasta, Klinik LPPKN menawarkan perkhidmatan yang berkualiti namun dengan kadar yang lebih murah khusus buat rakyat Malaysia.

Dr Wan Azizah juga menjelaskan bahawa penjawat awam boleh mendapatkan rawatan subfertiliti di klinik LPPKN dan boleh menuntut bayaran daripada kerajaan.

Maksudnya, boleh guna GL lah nanti. Jadi, jangan lupa tanya di kaunter OK.

Jadi, jom share dan tagged kepada yang memerlukan. Kalau sesiapa ada pengalaman atau ingin kongsikan kejayaan di LPPKN, dialu-alukan untuk berkongsi kepada orang ramai.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan serta pemberi semangat kepada rakyat Malaysia khususnya yang sedang berusaha memperolehi cahaya mata.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×