40 Minggu

Tak Sempat Ke Hospital, Ibu Ini Kongsi Detik Cemas ‘Ter’bersalin Di Rumah

1.2K
SHARES

Seawal 7 bulan, biasanya ibu-ibu dahpun sediakan macam-macam persiapan bagi menyambut kelahiran bayi.

Nurse mesti dah pesan, lagi bagus letak satu beg dalam kereta supaya tak kelam-kabut bila keluar tanda nak bersalin nanti.

Tapi kadang-kadang walaupun dah dirancang, boleh juga berlaku sesuatu di luar dugaan.

Pernah terbayang tak macam mana keadaannya bersalin di rumah sebab tak sempat ke hospital?

Dalam perkongsian istimewa oleh Puan Ika ini, beliau menceritakan detik cemas ketika terpaksa melahirkan anak keempatnya ini di rumah. Macam mana agaknya tu kan?

Jom baca selanjutnya di bawah.

Pengalaman Bersalin Di Rumah Sebab Tak Sempat Ke Hospital

7 Ogos 2019 yang lalu Ariz Arshan genap 10 bulan. Alhamdulillah kuat dan sihat, gigi dah 4 batang. Sekarang dah pandai berdiri dan berjalan tolak kerusi.

Yang kelakarnya, dia skip duduk. Dari merangkak terus berdiri.

Sempena Arshan 10 bulan ni, saya terasa nak kongsikan kronologi kelahiran dia yang rare ni.

Pengalaman bersalin di rumah

Kronologi Bersalin Di Ruang Tamu Rumah

Nama: ARIZ ARSHAN NAZRIN BIN MOHD NAZRIN
Tarikh: 7 Oktober 2018 (39 minggu)
Masa: 7.28 pagi
Tempat: Ruang tamu rumah
Berat: 2.78kg
Panjang: 47cm

 

0530am
**********
Terjaga tidur sebab anak ke-3, Nia Naqisha menangis nak susu.
Saya pun pergi buat susu Nia.
Masa ni perut tak ada rasa sakit pun lagi.

 

0600am
**********
Mandi dan solat Subuh

 

0640am
**********
Turun bawah sidai kain.
Ada turun dan naik tangga (rumah jenis town house).

 

0700am
**********
Buat air untuk breakfast dan duduk kat meja makan.
Mr. Hubby tengah mandi masa ni.

 

0715am
**********
Tengah minum rasa macam ada benda mengeras dan nak terkeluar kat miss V tu.
Masa ni saya terfikir contraction baru nak mula kot.
Terus rasa kepala baby dah kat bawah sangat dah.

 

0725am
**********
Masa ni tak tahu nak buat apa sangat.
Macam blur pun ada.
Suruh anak ke-2, Riyfhann panggil Papa dia dalam bilik air.

Saya terus bangun dari kerusi dan duduk bersandar kat dinding dalam posisi mencangkung.
Punggung cecah kat lantai.
Dua-dua kaki macam posisi mengangkang tu.
Pastu tangan dua-dua dok pegang buku lali.

Saat ni memang dah rasa baby dah tak boleh tunggu lagi dah.
Kepala baby dah rasa keluar tapi sangkut dekat seluar dalam.
Terus jerit kat Mr. Hubby,

“Tarik spender bang!!”

Bila Mr. Hubby tarik seluar dalam dengar dia sebut,

“Allah.. kepala dah……”

(Lepas kejadian Mr. Hubby bagitahu masa ni dia nampak kepala baby dalam kantung ketuban.)

Mr. Hubby bergegas nak ambil kain.
Dan tiba-tiba baby terus meluncur keluar dalam kantung ketubannya.

Saya tak teran apa pun dia terus keluar macam tu je tepat jam 0728pagi.

Kelahiran baby disaksikan Papanya, Abang Eiymann dan abang Riyfhann.

Huhu, memang tak sempat nak tutup apa benda sebab berlaku spontan dan cepat sangat.

Kak Naqisha masih tidur masa ni.

Abang-abangnya masing-masing menjerit. Teruja, takut, panik semua ada.

Abang Eiymann tengok kejap dia tutup mata dengan tangan, kejap buka mata. Abang Riyfhann pulak terkaku tengok je. Speechless kot. Haha. Selalu dia lah paling suka tanya itu ini.

Tak tau macam mana mereka berdua ni rasa.
Yalah, budak 11tahun dan 6tahun jadi saksi kelahiran adik.

 

0728am
**********
Dalam berapa saat saja kantung ketuban tu pecah sendiri dekat lantai.
Saya sempat letak baby dalam penapis besar (macam dalam gambar tu).

Mr. Hubby pegang baby yang bertali pusat dan balut dengan kain lampin.
Kemudian dia bagi baby dekat saya pastu terus call ambulans.

Anak sulung, Eiymann terus call maktok dia.

Maktok..ibu dah keluar baby kat rumah!!”

(Melompat la maktok dia dengar terus bergegas datang rumah).

Pertama kali pegang baby ni tiba-tiba rasa macam panic attack datang.
Sambil cium baby meleleh air mata sambil dekat mulut tu sebut “Allah.. Allah.. Nak buat macam mana ni bang”

Dengar Mr. Hubby dok cakap kat handphone (call ambulans),

“Baby nangis..”

“Tak biru..”

“Wife sedar..”

“Darah tak banyak sangat..”

“Uri belum keluar lagi..”

Terus suruh Mr. Hubby tanya boleh susukan baby tak?
Takut nak susukan baby sebab risau dalam mulut dia ada apa-apa ke.
Tapi nasib baik dia cakap boleh susukan.

So buat pertama kalinya dapat susukan baby dengan keadaan uri masih dalam perut.

Masa ni rasa syahdu sebak semua ada.
Subhanallah tak tahu nak explain perasaan tu macam mana.
Susukan baby dengan air mata bercucuran mengalir keluar.

Baby keluar bersih, putih kemerahan kulit dia dan tak ada darah melekat pun.
Rasa macam mimpi je terberanak dekat rumah.

 

0745am
**********
Mak, Kak Yong sampai kat rumah..
Terkejut mereka berdua tengok tengah terkangkang lagi kat lantai tu sambil susukan baby.
Lepas tu jiran sebelah rumah datang tengok.

Masing-masing sebenarnya cemas dan blur tak tahu nak buat apa.
Mr. Hubby cari tali rafia untuk ikat tali pusat baby (masa call tadi dia suruh ikat tali pusat).

 

0750am
**********
Tiba-tiba perut rasa sakit.
Rasa macam contraction.
Terasa nak meneran pulak kali ni (tapi keluar baby tak meneran pun).

Sambil pegang tangan Kak Yong dengan Kak Long (jiran), saya terannnnnn…

Selambak uri keluar dengan darah semua. Kakyong yang sambut uri.

Lepas uri dah keluar baru rasa lega sangat.
Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai.
Dan bagitahu uri dah keluar.

Person yang assist dalam phone tu bagitahu kutip uri letak dalam beg plastik.

Kak Yong ikat tali pusat ngan tali rafia.
Kemudian Kak Yong tarik uri slowly masuk dalam beg plastik.

 

#0800am
**********
Masa ni baru teringat baby belum diazankan..
Panggil Mr. Hubby,

“Abang..azan baby”

Punyalah kelam-kabut sampai lupa nak azan baby.
Haha.

Dan buat pertama kalinya dapat tengok dan dengar Mr. Hubby azan dan iqamat dekat sangat depan mata.
Betul-betul berhadapan kat muka ni.
Masa ni masih lagi duduk kat lantai bersandar kat dinding.

 

0820am
**********
Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai.
Dah 40minit kami semua tunggu.

Mak buat air kopi Radix bagi minum.
Dengan biskut sekali.
Lega betul dapat minum air panas.
Teringat pukul 7am tadi buat air pun tak habis minum sebab dah terberanak dulu.

 

0840am
**********
Ambulans sampai depan rumah dengan 2 nurse.
Rupanya ambulans dan nurses dari klinik kesihatan dekat rumah ni je.
Dekat je 5minit dari rumah.
Tak taulah kenapa datang lambat.

Seorang nurse cek dan pegang baby.
Lepas tu seorang lagi nurse cek saya.
Nurse tengok uri,

“Eh..tak cukup uri ni.. ada lagi kat dalam.. kena pi hospital sekarang!!”

Nurse punyalah panik takut apa-apa yang buruk berlaku.
Bahaya kalau uri lekat kat dalam.
Boleh bawa maut.

Nurse cek tekanan darah low pulak (BP: 80/50).
Haa..sudah.. rendah sangat lak (memang low BP dari dulu).
Bergegas nurse pasang line branula masa dalam ambulans untuk drip air (saline)..
Time tu jugak kena drip air sebotol..

Maka berneno-neno-nenolah saya dan baby dalam ambulans ditemani 2 nurses dan driver ambulans je.

Mr. Hubby ikut belakang dengan kereta.
Ambulans bawa kami ke Hospital Kajang sebab tu hospital terdekat (plan asal nak beranak kat Hospital Serdang).

Setibanya di hospital, doktor tengok uri dan beritahu dah lengkap semua uri keluar dan tak ada tertinggal pun. Jadi tak perlu nak seluk lagi dah, Alhamdulillah.

***************************************
ALHAMDULILLAH..
Syukur semuanya berjalan lancar.
Syukur mudah sangat lahirkan baby Ariz Arshan.

Dulu Mr. Hubby selalu cakap,

“Sayang kalau beranak hari Sabtu/Ahad kan senang abang cuti”
(Dalam hati cakap ingat boleh main order suka-suka ke).

Tapi kuasa Allah, baby ikut cakap papa dia.
Dia keluar pagi Ahad di saat papa dia ada kat rumah.
Tak dapat bayang macam mana la keadaan kalau terberanak hari biasa (Isnin-Jumaat).
Ibu dengan kak Naqisha je ada kat rumah, abang-abang sekolah (kak Naqisha dah la special dan istimewa)

Baby ni pun macam tahu je ibu dok susah hati nak beranak kat Hospital Serdang.
Dengan parking yang ‘azab’, dengan wad dan labour room yang selalu penuh.

Dengan doktor bagi 8jam je dalam labour room kalau nak #VBAC (Vaginal Birth After Cesarean).

Punyalah susah hati sampai selalu cakap dengan husband / kawan / group,

“Beranak dalam keretalah gini senang..”

Minta beranak dalam kereta, Allah bagi beranak kat rumah terus. Ambikk!

Baby pun tahu dia ada kakak special sorang.
Tu nak beranak dia mudah je.
Ibu tak sempat nak merasa sakit pun.
Tanda pun tak ada, tahu-tahu dah keluar kepala.

Allah memang permudahkan sangat beranak kali ni.
Syukur sangat.

Antara Tips Bersalin Yang Diamalkan

Ni saya nak share la tips / amalan sepanjang mengandung ni, kalau-kalau boleh jadi rujukan.

  • Saya amalkan minyak kelapa dara softgel (saya start makan masa 30weeks)
  • Masa dah 38weeks ke atas saya selalu buat aktiviti dalam posisi mencangkung. Saya kemas rumah sambil cangkung, sapu rumah mencangkung (macam jalan itik tu).
  • Saya selalu amalkan senaman kegel (kemut).
  • Saya selalu kemut bila perut mengeras/Braxton Hicks (bila contraction datang kemut ni bagus untuk kurangkan rasa sakit dan jalan cepat buka).
  • Saya selalu doa minta Allah permudahkan kelahiran (doa spesifik nak beranak tanpa koyak tanpa jahit).
  • Saya amalkan surah Waqiah (surah rezeki). Lepas habis baca doa minta dipermudahkan bersalin.

Tu saja… Alhamdulillah semuanya selamat.

Dalam gambar yang paling atas tu fresh ARIZ ARSHAN baru keluar. Tapi gambar dia dalam sarung ketuban tak sempat ambik sebab panik masa mula-mula dia keluar tu.

Dengan tali pusat masih ada dan uri kat dalam perut lagi.

Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang terlibat masa hari kejadian terutamanya Mr. Hubby, Mak, Kak Yong, anak-anak, Kak Long, nurses, driver ambulans, doktor dan lain-lain.

Semoga ARIZ ARSHAN membesar kuat dan sihat.
Semoga jadi anak yang soleh, bijak dan berguna.

*Perkongsian ini dikongsikan pertama kalinya oleh E-car Nazrin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×