DIY & Kraf

Senarai Kos Permulaan Untuk Jaga Kucing Atau Haiwan Lain, Jangan Terkejut Kalau Mahal!

2
SHARES
haiwan peliharaan

Mempunyai haiwan peliharaan di dalam atau luar rumah menjadi pilihan ramai supaya keadaan rumah kurang sunyi. Terutama bagi anda yang bujang, ada haiwan seperti kucing, ikan atau anjing di dalam rumah semestinya dijadikan peneman bersama.

Namun, ramai yang tidak terfikir bahawa kos kewangan yang hadir bersama haiwan kesayangan ini boleh menjadi tidak tertanggung jika tidak diuruskan dengan baik. Lebih menyedihkan, kebanyakan haiwan peliharaan diabaikan kerana kos penjagaan semakin meningkat dan mahu mengelak daripada membayar kos perubatan yang tinggi.

Baca juga: Senarai Pokok Beracun & Tidak Beracun Untuk Haiwan Peliharaan Yang Tuan Kena Tahu

NAK ADA HAIWAN PELIHARAAN? INI 5 SENARAI KOS PERMULAAN

haiwan peliharaan

Untuk mengelakkan keadaan sebegitu berlaku, lihat beberapa perbelanjaan yang diperlukan untuk menjaga haiwan kesayangan anda sebagai permulaan.

1.Kos

Kos ini bergantung kepada baka haiwan apa yang anda ingin jadikan sebagai peliharaan. Membeli haiwan peliharaan boleh menjadi mahal, bermula dari beberapa ratus ringgit sehingga ribuan ringgit. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah ‘Adopt Don’t Shop’:

-Mengambil haiwan di pusat penjagaan biasanya melibatkan kos yang agak kecil, sama ada membayar kos ubat cacing, neuter dan vaksinasi.

-Perlu diingati juga bahawa terdapat sesetengah haiwan yang memerlukan lesen untuk menjaganya. Semak dengan pihak Jabatan Perhilitan berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

2.Makanan

Bergantung kepada jenis haiwan, semakin dewasa mereka, semakin tinggi kos yang diperlukan kerana makanan akan cepat habis. Makanan yang diberikan berbeza iaitu dari segi makanan kering dan makanan basah.

-Kos makanan mampu menelan belanja dari RM30 hingga RM60 sebulan, dan mampu mencecah kepada RM300 untuk makanan yang berkualiti tinggi seperti yang disarankan pakar.

-Membeli makanan mereka dalam kuantiti borong boleh membantu anda menjimatkan wang, tetapi perlu memastikan tarikh luputnya masih jauh.

3.Permainan/Snek dan Aksesori

Haiwan peliharaan akan memerlukan permainan untuk mengisi masanya. Permainan dan snek yang sesuai mampu membantu mewujudkan persekitaran yang sihat dan menguatkan hubungan antara tuan dan haiwan peliharaan. Apa yang anda perlu ada adalah:

-Tilam untuk tidur
-Bekas makanan & minuman
-Ruang peribadi contohnya sarang burung, akuarium, kandang
-Ruang tandas seperti pasir kucing, kepingan kertas, tikar untuk anjing
-Tali dan tali leher

Kesemua barangan ini boleh dibeli dari kedai, dalam talian atau membuatnya sendiri. Secara purata, pemilik boleh membelanjakan sekitar RM100 untuk permulaan dan RM20 untuk bulan-bulan berikutnya.

4.Perubatan dan ubat-ubatan

Menjalani pemeriksaan tahunan penting bagi mengenalpasti jika mereka mempunyai sebarang penyakit dan boleh dirawat sebelum timbul sebarang risiko kesihatan yang serius.

Penjagaan veterinary boleh menjadi serendah RM35 hingga mencecah RM200, bergantung kepada keperluan haiwan tersebut. Vaksinasi, ubat-ubatan dan vitamin boleh mencecah sehingga ratusan ringgit untuk memastikan mereka sihat dan sejahtera.

5.Penjaga atau Hotel untuk Haiwan

Untuk situasi jika anda ingin melancong atau tidak berada di rumah selama beberapa hari, anda perlu meninggalkannya di satu lokasi khas seperti ‘hotel haiwan’. Servis seperti penjaga haiwan atau hotel khas untuk mereka diperlukan apabila anda mahu meninggalkan mereka untuk sementara waktu. Kosnya boleh mencecah dari berpuluh ringgit sehingga ratusan ringgit sehari, bergantung kepada servis yang ditawarkan.

haiwan peliharaan

*Ingat, kita pelihara haiwan bukan sahaja untuk dijadikan teman malah untuk berbakti dari segi pahala juga untuk mereka!

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

Sumber: MyPF

Foto: Zooplus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×