Fesyen

Koleksi AW16 PUMA By Rihanna Di Minggu Fesyen New York 2016

8
SHARES
fenty puma by rihanna

Khusus buat peminat Rihanna dan jenama sukan terkenal PUMA, pasti anda akan teruja dengan rekaan terbaru Rihanna yang dilahirkan melalui Koleksi ‘AW16 Fenty PUMA by Rihanna’.

Koleksi ini buat pertama kalinya dilancarkan di Minggu Fesyen New York bagi Musim Luruh 2016, pada 12 Februari 2016.

 

FENTY PUMA by Rihanna AW16 Collection

Rihanna dan CEO Puma, Bjorn Gulden semasa menghadiri acara FENTY PUMA by Rihanna AW16 di Minggu Fesyen New York Musim Luruh 2016 Februari lalu. Foto Kredit: Getty Images

Menggabungkan elemen-elemen hip tradisi serta budaya jalanan Jepun, Rihanna memberi nafas baru dalam  rekaannya dengan menekankan unsur ‘dark and stormy’.

Dalam koleksi terbaru hasil kerjasamanya dengan jenama sukan terkenal PUMA sejak 2014, koleksi ini dipertontonkan kepada penonton dengan ‘mood’ pentas yang gelap, misteri, dan bertenaga, diinspirasikan oleh elemen alam semulajadi.

Uniknya, model-modelnya beraksi dalam melakonkan ‘kesejukan fros’ atau ‘frostbitten’.

fenty puma by rihanna

Foto Kredit: Getty Images

fenty puma by rihanna

Foto Kredit: Getty Images

Apa Yang Boleh Dilihat Dalam Koleksi ‘AW16 Fenty PUMA by Rihanna’?

Koleksi ini menampilkan rekaan serba lengkap meliputi baju, seluar, kelengkapan, serta aksesori seperti kasut, topi, dan beg yang boleh digayakan oleh lelaki dan juga wanita.

Pengaruh budaya Jepun yang dieksperimentasi oleh ikon fesyen ini diadun bersama unsur ‘gothic’ yang jelas selain pemilihan warna pada kebanyakan koleksinya yang ‘monotone’, lebih tertumpu kepada rona hitam, putih, dan kelabu.

FENTY PUMA by Rihanna AW16 Collection

Antara koleksi kasut yang direka khas dalam koleksi ‘AW16 Fenty PUMA By Rihanna’. / Foto Kredit: Getty Images

fenty puma by rihanna

Foto Kredit: Getty Images

“Koleksi ini bukan saja melambangkan diri saya dan cara saya berpakaian, tetapi juga melangkaui sempadan dalam menghasilkan sesuatu yang benar-benar saya inginkan bersama PUMA” kata duta jenama dan juga Pengarah Kreatif Wanita PUMA ini.

fenty puma by rihanna 2016

Rihanna menggayakan rekaan tersendiri melalui labelnya, Fenty, hasil kolaborasi dengan PUMA. / Foto Kredit: Getty Images

“Saya ingin membawa PUMA ke destinasi baru bersama sesuatu yang tak dapat dijangka atau diramal. Inilah budaya jalanan Jepun dengan elemen ‘twist’ yang penuh misteri. Saya bermain dengan tekstur dan ‘silhoutte’ dan semua fabrik yang digunakan adalah mewah.”

“Saya menterjemahkan kembali tadisi ini dalam cara saya, dan saya amat gembira untuk berkongsinya dengan peminat serta komuniti fesyen sedunia.”

fenty puma by rihanna

Rihanna muncul di atas pentas pertunjukan selepas memperkenalkan koleksi ‘AW16 Fenty PUMA by Rihanna’. / Foto Kredit: Getty Images

Koleksi ‘AW16 Fenty PUMA by Rihanna’ Akan Mula Dipasarkan Secara Berperingkat

Para peminat boleh mula mendapatkan sebahagian daripada koleksi terbaru ‘AW16 Fenty PUMA by Rihanna’, seperti ‘Fenty  Trainer’ yang telah memasuki pasaran 26 Februari lalu.

‘Fur Slide’ akan dilancarkan pada bulan April manakala kasut ‘PUMA Creeper’ yang cukup terkenal ini akan kembali dengan pelbagai warna baru mulai Mei 2016.

Koleksi AW16 PUMA by Rihanna, di bawah labelnya Fenty, akan mula dipasarkan pada bulan September 2016. Untuk maklumat lanjut, layari puma.com atau rihannanow.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×