Hebahan

‘Kod Kelompok 101 & 102 Produk Tulen’ – Dutch Lady Nafi Produk Susu Tak Selamat

4.3K
SHARES

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai isu produk Dutch Lady Curious (900g) bernombor kelompok 1023C7WA yang dikatakan tiruan dan boleh menganggu sistem penghadaman anak-anak. Berdasarkan kes ini juga ada ibubapa yang mengatakan bahawa kesan pengambilan susu ini menyebabkan anak-anak mereka mengalami sakit perut, muntah dan ada yang terpaksa dimasukkan ke wad hospital. Banyak pihak khususnya ibubapa melahirkan rasa risau kerana bimbang isu ini akan semakin berleluasa.

Dutch Lady Siasat Kelompok Produk Susu

Dutch Lady Malaysia tampil dengan memberi kenyataan terhadap insiden ini, termasuk siasatan yang telah dijalankan serta usaha untuk menangani spekulasi yang menyebabkan beberapa butiran pembungkusan disalah anggap sebagai produk tiruan.

CIRI-CIRI PRODUK DUTCH LADY YANG SAHIH

Bagi mengelakkan kekeliruan, pihak Dutch Lady tampil dengan ciri-ciri yang menjelaskan kesahihan rangkaian produk mereka untuk panduan orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan orang awam. Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Sumber: Dutch Lady Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×