Famili

Episod Terakhir Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’ Penuh Debaran, Fasha Sandha Berjaya Lari?

13
SHARES
khilaf yang tertulis

Slot Samarinda, drama bersiri 15 episod ‘Khilaf Yang Tertulis’ arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin bermula 27 Mei lalu mendapat tontonan yang memberangsangkan!

Drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di TV3 ini bakal mengakhiri plotnya yang semakin rancak dan berikut merupakan sinopsis untuk episod terakhir yang mendebarkan malam ini.

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

EPISOD AKHIR KHILAF YANG TERTULIS, BERJAYAKAH FASHA SANDHA & ANAK-ANAK LARI?

khilaf yang tertulis

“Ye! Finally! Akhirnya, aku kantoi! Aku kantoi tapi kau slow! Kau lembab! Aku dah dapat rumah kau! Kau tak tahu? Dokumen yang kau sign banyak-banyak tu, itu sebenarnya rumah engkau! Kau dah sign, kau dah bagi dekat aku! Tunggu time je aku dapat semua duit tu dari rumah kau!” – Nordin (Lakonan Fadlan Hazim)

Dalam episod akhir ini, setelah Misha (Fasha Sandha) mengetahui tentang Nordin (Fadlan Hazim), suami baharunya itu sebenarnya dalang dalam sindiket penculikan anak-anaknya, Misha menyesal mempercayai dan berkahwin dengannya. Berjayakah Amir (Ashraf Muslim), Kamal (Syazuwan Hassan) dan anggota polis yang lain mengesan lokasi persembunyian Nordin? Dapatkah Misha dan anak-anaknya melarikan diri dan menggapai bahagia seperti dahulu?

Terbaharu, Yana (Puteri Balqis) diseksa tanpa belas kasihan oleh orang suruhan Nordin, selepas tertangkap ketika menelefon ibunya. Sementara itu, Kamal dan polis berjaya menjejak lokasi dan menyerbu kelab malam tempat Yana membuat panggilan, malangnya Nordin telah mengosongkan tempat tersebut sebelum serbuan berlaku. Polis mengesyaki Yana telah dijual sebagai GRO di kelab malam itu.

Emosi Misha semakin terganggu sejak menerima panggilan dari Yana. Nordin melihat ini sebagai peluang untuk memujuk Misha berpindah ke rumahnya, tetapi pada hakikatnya, Nordin merancang untuk segera menjual rumah Misha sebelum gerak-gerinya dikesan oleh Amir dan Kamal.

Kehidupan anak-anak Misha semakin menderita. Rizal didera dalam tahanan Nordin, manakala Yana pula berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang pelanggan VIP yang sanggup membantunya untuk menghubungi Amir. Namun, Amir dan Kamal tidak sempat menyelamatkan Yana dek kerana ketangkasan Nordin yang terlebih dahulu dapat menghidu rancangan mereka. Misha, Aman (Rafique Iskandar) dan Yana dibawa lari ke markas sindiket yang sama dengan keberadaan Rizal. Nordin mahu Misha dan kesemua anak-anaknya dijual ke Thailand dengan segera.

khilaf yang tertulis

Sepanjang berada di situ, hampir setiap hari Misha dan anak-anak disiksa oleh Nordin dan orang-orangnya. Keadaan semakin tegang, Misha dan anak-anak berusaha untuk melarikan diri dari tahanan Nordin. Namun dalam situasi yang genting ini, berjayakah mereka lari keluar untuk menyelamatkan diri daripada cengkaman Nordin dan markas sindiket tersebut?

Jangan ketinggalan untuk menonton Episod Akhir Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda pada hari Rabu, jam 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Baca juga: Semak Logo Halal Malaysia Pada Makanan, Pastikan Ada Ciri-Ciri Yang Diiktiraf INI!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×