Famili

Drama Khilaf Yang Tertulis Makin Hangat, Tak Sangka Ada ‘Plot Twist’

4
SHARES
drama Khilaf Yang Tertulis

Slot Samarinda drama Khilaf Yang Tertulis arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin berjaya menambat hati penonton dan menanti-nantikan setiap epsisod.

Kesungguhan Nordin (Fadlan Hazim) mencari Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) membuatkan Amir (Ashraf Muslim) akhirnya percaya yang Nordin benar-benar ikhlas menyayangi anak saudaranya itu.

DRAMA KHILAF YANG TERTULIS: TAK SANGKA INI YANG BERLAKU

DRAMA KHILAF YANG TERTULIS

Amir meminta maaf kerana selama ini menuduh Nordin sembarangan. Namun pada masa yang sama, Misha (Fasha Sandha) terdengar perbualan Nordin bersama seseorang di telefon yang menyatakan mereka harus berhati-hati.

Pada awalnya, Misha yakin dan percaya kepada suami baharunya, namun dia mula meragui apabila terdengar perbualan suaminya yang mencurigakan. Sejak dari itu Misha menjadi pendiam dan jarang bercakap dengannya. Bila ditanya, Misha hanya memaklumkan bahawa dia bimbang akan anak-anaknya.

Muslihat licik Fadlan Hazim nyaris terbongkar. Bagaimanakah Nordin (Fadlan Hazim) atasi rahsia yang nyaris terbongkar pada episod kali ini?

“Nordin! Lepas! Lepas anak aku! Lepas! Kau pergi dari sini sebelum aku report polis!. Keluar dari sini! Aku tahu kau berpakat dengan penculik tu untuk culik anak aku kan?!” – Misha.

Saksikan kehangatan drama Khilaf Yang Tertulis di TV3 menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×