Sihat

9 Khasiat Moringa (Kelor / Merunggai) Menurut Kajian Sains

448
SHARES

Kelebihan Khasiat Moringa @ ‘Pokok Ajaib’

Moringa yang juga dikenali dengan nama lain seperti kelor, merunggai dan rambunggai ini merupakan pokok yang dikatakan mempunyai 1001 khasiat.

Pokok yang berasal dari India ini tumbuh dengan sihat di kawasan tropika dan subtropika.

Ia juga mudah didapati di negara kita dan sering digunakan sebagai pengganti bendi dalam masakan India seperti kari atau dhal.

moringa

Nama Saintifik Merunggai

Moringa dengan nama saintifiknya Moringa oleifera mengandungi pelbagai khasiat pada daun, buah, akar serta bijinya .  

Moringa juga digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan seperti :

  • Diabetes
  • Keradangan
  • Jangkitan bakteria dan kulat
  • Sakit sendi
  •  Sakit jantung

khasiat moringa

Kredit Foto : time.com

9 Khasiat Moringa Yang Menakjubkan

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya moringa mampu menawarkan khasiat dari pelbagai vitamin dan mineral.

Daunnya mempunyai vitamin C 7 kali lebih tinggi daripada buah oren serta kandungan potassium 15 kali lebih banyak daripada pisang.

Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan amino asid yang penting bagi perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot.

Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport bagi merawat malnutrisi di serata dunia.

khasiat moringa

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

1. Kaya Dengan Antioksida

Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan.

Sebatian antioksida juga berperanan dalam melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.

Selain vitamin C dan beta carotene, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksida lain seperti quercetin yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah.

2. Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah

Moringa juga mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa pada setiap hari dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%.

Para saintis juga mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam moringa seperti isothiocyanates.

Kajian yang lebih terperinci perlulah dilakukan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan moringa dalam menstabilkan kadar gula dalam darah.

3. Mengurangkan Keradangan

Moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan. Dalam kajian tabung uji, pengkaji mendapati bahawa isothiocyanates yang ditemui dalam daun, buah dan biji moringa memainkan peranan bagi melawan keradangan.

4. Menurunkan Paras Kolesterol

Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.

Selain gaya hidup yang sihat, sumber makanan yang dapat menurunkan kolesterol juga baik untuk diamalkan seperti oat, kacang almond dan flaxseed.

Kajian mendapati moringa juga mampu memberikan kesan penurunan kolesterol yang sama.

5. Berpotensi Sebagai Antikanser

Kajian mendapati ekstrak daun moringa mampu memperlahankan perkembangan sel kanser pankreas dan meningkatkan keberkesanan sesi kemoterapi.

Kajian makmal lain juga membuktikan potensi akar dan kulit pokok moringa sebagai agen antikanser yang baik.

khasiat moringa

6. Merangsang Penghasilan Sel Darah Merah

Biji moringa kaya dengan zat besi iaitu mineral yang penting bagi penghasilan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah pula boleh mengundang kepada masalah anemia.

Sebuah kajian pada tahun 2016 juga mengesahkan potensi moringa sebagai sumber zat besi yang dapat mengatasi masalah kekurangan zat besi dan anemia.

7. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Minyak biji moringa sangat baik untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.Moringa juga kaya dengan protein yang membantu melindungi sel daripada kerosakan rambut.

8. Meningkatkan Kesihatan Tulang

Antara manfaat lain yang ditawarkan oleh moringa ialah ia dapat meningkatkan kesihatan tulang dengan khasiat kalsium dan fosforus yang terkandung di dalamnya. Moringa yang bersifat antiradang juga memiliki potensi yang tinggi bagi merawat arthritis di samping mengekalkan kekuatan tulang.

9. Meredakan Asma

Moringa juga dikatakan dapat meredakan serangan asma serta berupaya mencegah pengecutan alur pernafasan.

Kajian turut mendapati moringa membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan dengan lebih baik. 

khasiat moringa

Banyaknya Khasiat & Kelebihan Merunggai Ni Kan?

Pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh moringa menjadikan ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada diet seharian anda.

Khasiatnya yang cukup tinggi juga menjadikan ia berpotensi untuk merawat pelbagai penyakit seperti kencing manis, asma, dan kolesterol tinggi.

Dengan pelbagai kajian yang sedang dijalankan, kita mungkin dalam melihat tumbuhan ini sebagai penawar bagi pelbagai penyakit.

Sumber rujukan:

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×