Sihat

Murah Tapi Versatile. Ini 5 Khasiat Kentang Untuk Bayi Yang Mama Patut Tahu

169
SHARES

“Sedap juga potato stick ni. Kita buat untuk baby, tapi kita pulak yang makan lebih. Hehe.”

Kentang memang sinonim sebagai makanan bayi. Ia mudah diolah menjadi menu makanan bayi contohnya kentang putar, begedil, wedges, fries, potato stick dan macam-macam lagi. Memang sedap!

Kalau nak ikutkan, kentang memang mudah didapati di Malaysia dengan harga yang murah. Ia merupakan salah satu sumber karbohidrat yang baik untuk bayi.

Berikut adalah beberapa manfaat kentang sebagai makanan bayi.

5 Khasiat Kentang Untuk Bayi

1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrien Semulajadi

Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi.

Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:

  • Kalori: 161
  • Lemak: 0.2 grams
  • Protein: 4.3 grams
  • Karbohidrat: 36.6 grams
  • Serat: 3.8 grams
  • Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
  • Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
  • Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
  • Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
  • Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Folat: 12% daripada kadar pengambilan harian

Foto Kredit: sapirshop.com

2. Baik Untuk Pencernaan

Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi.

Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.

 

3. Membantu Sistem Imuniti Badan

Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus.

Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit.

Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.

Foto Kredit: Mother & Baby UK

4. Ia Mengenyangkan & Memberi Tenaga

Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan. Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi.

Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.

makanan menaikkan berat badan

5. Bagus Untuk Kesihatan Tulang

Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat.

Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.

Khasiat kaki ayam

Oh Ya, Ia Juga Bebas Gluten!

Ada bayi yang alah dengan makanan bergluten seperti tepung.

Ciri kentang yang bebas gluten menjadikannya makanan yang sesuai untuk diperkenalkan seawal bayi.

"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan

Kentang berproses perlu dielakkan. Sebaliknya boleh cuba resepi homemade fries yang lebih sihat tanpa pengawet.

Tapi… Elak Makan Kentang Berproses Ya!

Rasa kentang yang sedap dan lemak biasanya amat mudah diterima oleh bayi, lebih-lebih lagi jika diolah menjadi makanan jejari.

Sebolehnya elak makan kentang yang diproses seperti yang dijual di pasar raya kerana ia biasanya telah ditambah pengawet, garam dan perasa.

Ibu-ibu boleh cuba olahkan pelbagai resepi kentang daripada sumber yang segar. Barulah khasiatnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kami senaraikan beberapa link untuk resepi anak kecil berasaskan kentang di bawah ini:

1. Resepi Homemade Fries Tanpa Pengawet. Sedap!

cara buat french fries

2. Resepi ‘Potato Emoticon’ Comel Untuk Si Kecil

resepi kentang lenyek

3. Resepi Cheesy Mashed Potato

 

Selamat mencuba.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×