Dapur

Cara Buat French Fries Homemade Yang Rangup Tanpa Pengawet. Sesuai Untuk Anak-anak

37.3K
SHARES
cara buat french fries

Kentang goreng atau french fries adalah antara makanan yang paling digemari bukan saja oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Hidangan ini nampak mudah, tapi bila kita cuba buat sendiri, ada saja yang tak kena. Kalau tak kena cara, boleh jadi terlalu lembik, terlalu keras, banyak serap minyak, dan kurang garingnya.

Tapi, kalau dah dah tahu cara buat french fries yang betul, mesti akan repeat banyak kali. Bukan saja jimat, tapi kita boleh makan tanpa was-was kerana bahannya semua boleh diolah ikut citarasa sendiri. Yang paling penting, tak ada pengawet!

Cara Buat French Fries Homemade Yang Rangup. Tanpa Pengawet!

Kali ini mari kita tengok cara buat french fries yang mudah, beserta step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nadiyatul Husna.

Bahan-bahan

  • Kentang (5 biji)
  • Sedikit garam / gula

Cara-cara

1. Sediakan Air Gula

Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/ biasa + 2 sudu makan gula. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen/ mangkuk besar dan ketepikan sebentar.

Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila rendam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.

cara buat french fries

2. Hiriskan Kentang

Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jngan nipis sangat ya. Agak-agak saiznya macam french fries yang kita biasa makan.

3. Rendam & Sejukkan Dalam Air Gula

Setelah dihiris panjang-panjang, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.

Sejukkan selama 15-30 minit dalam peti ais.

*Kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak.

4. Rebus

Selepas disejukkan 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan hingga mendidih.

Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang.

Masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu makan minyak masak.

5. Toskan

Selepas direbus 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku.

Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku, baru goreng.

6. Goreng

Beginilah hasilnya. Tapi ini sebenarnya tak sempat tunggu 3 jam. Rasanya tetap super sedap!

Sesuai Untuk Anak-anak & Seisi Keluarga

Mudah, bukan? Kalau rajin, boleh buat sekali banyak dan simpankan sebagai stok frozen. Biasanya kalau nak ia tahan lama sebagai stok frozen, gorengkan separuh masak dan simpankan dalam peti sejuk beku.

Rasanya bolehlah simpan selama 1-2 minggu. Tapi saya tak pernah simpan selama itu sebab bila sekali buat memang laku keras. Cepat saja dah habis!

Apapun, semoga ramai dapat mencuba resepi ini di rumah. Jimat, bebas pengawet, sedap pun sedap. Memang tak rugi!

 

*Cara buat french fries homemade oleh Puan Nadiyatul Husna ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Post asal beliau dikongsikan melalui Facebook di Group Masak Apa Hari Ini (MAHN).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×