Sihat

9 Khasiat Biji & Minyak Habbatus Sauda Menurut Kajian Sains

36
SHARES
khasiat minyak biji habbatus sauda

Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, terdapat banyak penemuan khasiat Habbatus Sauda.

Ia dikatakan salah satu makanan sunnah di samping amalan pemakanan yang diamalkan Rasulullah.

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang manfaat yang dimiliki oleh Habbatus Sauda.

Apakah Habbatus Sauda?

Habbatus Sauda mempunyai banyak gelaran lain secara universal. Tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya ini dikenali juga sebagai jintan hitam.

Panggilan dalam Bahasa Inggerisnya ialah black seed dan dalam nama saintifiknya ia digelar Nigella Sativa.

Antara kompaun penting yang terdapat dalam habbatus sauda adalah kompaun bioaktif, serat dan mineral yang menjadikannya salah satu makanan berkhasiat.

khasiat habbatus sauda

9 Khasiat Habbatus Sauda

1. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Sebuah kajian mendapati penggunaan Habatus Sauda dilihat berkesan dalam mengurangkan berat badan tanpa kesan sampingan.

Menurut Journal of Diabetes & Metabolic Disorders, pengamalan minyak Habbatus Sauda juga didapati mampu mengurangkan risiko obesiti.

2. Menyihatkan Kulit

Beberapa kajian juga mendapati minyak Habbatus Sauda menunjukkan kesan yang baik bagi merawat penyakit kulit seperti ekzema, jerawat dan psoriasis.

Berdasarkan Journal of Dermatology & Dermatologic Surgery, minyak Habbatus Sauda telah dikenalpasti memiliki komponen penting seperti antibakteria, antiradang serta baik untuk merawat luka.

3. Mengurangkan Simptom Asthma dan Alergi

Asthma terjadi apabila saluran pernafasan mengalami keradangan dan membengkak sehingga menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.

Komponen anti radang yang terdapat dalam minyak Habbatus Sauda juga menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan gejala asthma. Ia bertindak dengan mengurangkan radang di saluran pernafasan.

Kredit Foto : bangkokfirstaid.com

4. Mengawal Paras Kolesterol Dalam Darah

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti saluran darah tersumbat atau penyakit jantung. Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan paras kolesterol berada pada tahap yang sihat.

Anda boleh cuba amalkan Habbatus Sauda yang kaya dengan lemak sihat seperti asid linoleic dan asid oleic bagi menurunkan paras kolesterol.

5. Mencegah Kanser

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati Habbatus Sauda mempunyai potensi yang besar dalam mencegah kanser seperti kanser serviks, kanser prostat dan kanser payudara.

Hasil kajian mendapati Habbatus Sauda mengandungi antioksida dan antiradang thymoquinone yang berperanan dalam merencatkan pertumbuhan sel kanser.

6. Melegakan Sakit Perut & Sengugut

Habbatus Sauda juga sering digunakan untuk melegakan senggugut atau ketidakselesaan perut.

Penggunaan minyak Habbatus Sauda membantu dalam mengurangkan angin, kembung perut dan mengelak ulser perut.

Kredit Foto : top10homeredemies.com

7. Meningkatkan Penghasilan Susu Badan

Selain makanan sunnah seperti madu dan kurma, Habbatus Sauda juga boleh diamalkan bagi menambah lagi penghasilan susu badan.

Berdasarkan artikel dari Journal of Acupuncture and Meridian Studies, Habbatus Sauda menunjukkan kesan yang baik dalam meningkatkan penghasilan susu ibu.

Baca juga: Cara Tambah Susu Badan Dengan ‘Homemade Milkbooster’. Cuma 3 Bahan, Sedap!

8. Mengurangkan Paras Gula dalam Darah

Bagi pesakit diabetes, paras gula dalam darah yang tidak dikawal boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti strok dan penyakit buah pinggang.

Hasil daripada beberapa kajian mendapati pengambilan Habbatus Sauda secara konsisten mampu mengawal paras gula dalam darah.

9. Kaya Dengan Antioksidan

Habbatus Sauda juga mengandungi antikosida yang cukup tinggi bagi melindungi badan daripada penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

Selain kanser, antioksida thymoquinone yang terdapat dalam Habbatus Sauda didapati mampu melindungi kesihatan minda.

khasiat minyak biji habbatus sauda

Tidak Salah Berikhtiar, Namun Perlu Dirujuk Pada Yang Pakar

Dengan banyak penemuan tentang kebaikan Habbatus Sauda, maka tidak hairanlah ia termasuk dalam salah satu makanan sunnah yang baik untuk diamalkan setiap hari.

Ia juga lebih mudah didapati di pasaran yang didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti bijian dan minyak.

Apapun, jangan lupa agar turut mengamalkan gaya hidup sihat serta diet yang seimbang kerana ianya adalah prinsip paling penting untuk menjamin kesihatan kita.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini.

Sumber rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×