Sihat

7 Jenis Menstrual Heat Patch Di Pasaran Yang Boleh Dipakai Ketika Senggugut

2.8K
SHARES

“Sakitnya perut aku ni, senggugut teruk betul…”

Ini adalah situasi normal yang akan dihadapi oleh semua wanita ketika datang haid setiap bulan. Ada yang mengalami sakit senggugut pada tahap biasa dan ada juga yang sakit pada tahap yang lebih serius. Selain menggunakan minyak angin yang tidak bertahan dalam tempoh yang lama, anda sebenarnya boleh menggunakan menstrual heat patch untuk melegakan sakit di bahagian abdomen. Yang paling berguna sekali adalah, rasa suam di bahagian abdomen tersebut dapat bertahan dalam masa yang panjang.

Oleh itu, ini antara beberapa jenis heat patch yang anda boleh dapatkan di pasaran sebelum haid yang akan datang!

1. Menstru Heat

Ini adalah produk yang menjadi bualan ramai! Berkebolehan untuk menahan panas hampir 12 jam ketika anda datang haid, pasatinya dapat melegakan kesakitan senggugut. Kalau anda pernah ke Korea, ada juga salah satu produk menstrual yang mempunyai packaging yang sama. Satu pack berharga RM11.00

2. Ammeltz Yoko Yoko

Salah satu jenama lain yang mendapat permintaan ramai khusus untuk wanita haid adalah Ammeltz Yoko Yoko. Mempunyai patch yang lebih nipis dan tidak mempunyai bau minyak angin menjadikan patch ini sangat berguna dan boleh dipakai bila-bila masa. Bertahan selama 8 jam sehari, harga menstrual patch ini lebih murah iaitu bermula RM 10.00 untuk dia patch.

3. Tiger Balm Plaster

Tidak semestinya anda perlu lihat label ‘menstrual pain’ di packaging patch, malah yang tidak mempunyai label tersebut juga sesuai digunakan untuk sakit senggugut. Mempunyai pilihan sama ada warm atau cool dan juga mempunyai dua saiz yang berbeza memberikan anda pilihan mengikut bajet. Kalau anda sukakan bau patch seperti minyak angin, ini adalah pilihan yang sesuai. Bermula harga RM 4.00 sehingga RM 6.00 untuk 2 patch.

4. Salonpas Gentle

Salonpas merupakan antara jenama ‘old school’ antara semua heat patch di pasaran. Bukan sahaja mempunyai jenis yang biasa, Salonpas juga mengeluarkan heat patch yang tidak sakit apabila dipakai di kulit perut. Rangkaian heat patch ‘Gentle to the skin’ ini amat sesuai untuk anda yang tak tahan sakit apabila nak buka patch di kulit. Kadar harga di pasaran adalah sekitar RM 14 untuk 10 patches.

5. Yoko Yoko

Siapa yang tidak kenal dengan Yoko Yoko bukan? Tidak semestinya boleh digunakan untuk sakit bahu, pinggang dan lenguh badan, Yoko Yoko juga sangat efektif untuk digunakan ketika haid. Tak perlu tunggu sakit senggugut, sejak hari pertama haid pun boleh digunakan, roll sahaja di kawasan perut tanpa perlu sentuh dengan tapak tangan. Harga bermula dari RM 11 untuk pack kecil.

6. Panadol Panaflex

Panadol pun ada heat patch? Bukan sahaja mempunyai rangkaian ubat dalam betul tablet, Panadol juga mempunyai rangkaian produk heat patch yang boleh digunakan untuk sakit senggugut. Kalau nak digunakan untuk sakit pinggang ketika datang haid pun boleh juga. Harga bermula dari RM 6.00 untuk dua patches.

7. Menosmooth Herbal Patch

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang tidak familiar dengan jenama ini bukan? Bukan sekadar heat patches biasa, Menosmooth juga merupakan heat patch yang mempunyai herba yang dapat melegakan sakit senggugut. Bermula dengan harga RM 6.00, mungkin anda boleh cuba jenama ini yang lain dari yang lain kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×