Sihat

10 Manfaat & Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan & Cara Makan

32
SHARES
Kredit Foto : wellme.com

PELBAGAI KHASIAT CUKA KURMA DAPAT MEMANFAATKAN TUBUH BADAN & KESIHATAN

Seperti yang kita tahu, buah kurma merupakan makanan sunnah yang baik untuk diamalkan untuk kesihatan tubuh. Anda juga boleh mendapatkan khasiat buah kurma daripada cuka kurma.

Seperti cuka buah-buahan lain, cuka kurma juga semakin mendapat tempat sebagai makanan tambahan.

Jom kita kenali manfaat cuka kurma untuk kesihatan badan!

10 Kebaikan & Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

1. Baik Untuk Sistem Pertahanan Badan

Seperti cuka buah-buahan lain, cuka kurma juga padat dengan asid asetik yang bersifat antimikrobial serta antiradang yang baik.

Komponen aktif ini dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat bagi melawan penyakit.

2. Menyihatkan Kulit

Secara tradisionalnya, cuka kurma sering digunakan sebagai penawar bagi keradangan kulit atau merawat kulit terbakar.

Selain bersifat antiradang dan antimikrobial, asid asetik yang terkandung dalam cuka kurma juga bagus untuk menyihatkan kulit. Cuka kurma turut membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.

Kredit Foto : ultimaii.com

3. Berpotensi Untuk Mencegah Kanser

Kandungan antikarsinogenik yang ditemui dalam cuka kurma juga menjadikannya berpotensi untuk melawan pertumbuhan kanser.

Aktiviti antioksidanya yang cukup aktif juga memainkan peranan penting dalam melawan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser.

khasiat cuka kurma

4. Kaya Dengan Antioksida

Seperti yang kita tahu, buah kurma cukup terkenal sebagai buah yang kaya dengan antioksida. Cuka kurma juga mempunyai antioksida yang tinggi seperti polifenol, karoteniod dan flavonoid.

Mengikut jenis kurma yang diproses, setiap cuka kurma mengandungi komponen antioksida yang istimewa.

Contohnya, cuka kurma merah mengandungi kandungan fenol yang tinggi manakala cuka kurma hitam mengandungi aktiviti karotenoid yang tinggi.

Jelaslah di sini bahawa cuka kurma mengandungi komponen antioksida yang tinggi bagi melindungi badan daripada penyakit.

www.teacottage.com.sg

5. Bersifat Antimikrobial

Sifat cuka kurma yang rendah nilai pH serta tinggi kandungan asid asetik didapati mempunyai komponen antimikrobial yang baik bagi menghapus pembiakan mikroorganisma.

Kajian juga telah membuktikan asid asetik mampu melawan bakteria yang sering menyebabkan penyakit seperti E.Coli, Salmonella, dan S. Typhimurium.

penyakit difteria

Foto Kredit: healthmap.org

6. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Komponen asetik asid yang tinggi dalam cuka kurma juga mempunyai khasiat dalam melindungi kesihatan kardiovaskular dengan baik.

Aktiviti antiradang dalam cuka kurma juga memainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolesterol.

Di samping itu, mineral kalium yang dijumpai dalam cuka kurma pula mampu menstabilkan tekanan darah bagi menghalang risiko penyakit kardiovaskular.

Kredit Foto : thesparkng.com

7. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Kajian mendapati pengambilan 20 ml cuka kurma selama 10 minggu dapat membantu pesakit diabetes mendapat bacaan paras gula yang lebih baik selepas 3 bulan.

Asid asetik juga membantu dalam mengurangkan penyerapan gula dalam badan sekaligus menstabilkan bacaan gula dalam darah.

8. Membantu dalam Menurunkan Berat Badan

Cuka kurma juga merupakan makanan tambahan yang baik bagi yang ingin menurunkan berat badan.

Hasil kajian mendapati pengambilan jus cuka kurma yang digabungkan dengan bawang putih selama 10 minggu mampu menurunkan berat badan serta kandungan lemak.

Asid asetik turut membantu dalam membuatkan orang rasa kenyang lebih lama.

Kredit Foto : healthyforme.nl

9. Mengurangkan Paras Kolesterol dalam Badan

Cuka kurma baik untuk diamalkan bagi individu yang mempunyai tahap kolesterol tinggi dalam badan.

Kajian mendapati pengambilan 30 ml cuka kurma selama lapan minggu dapat menurunkan paras kolesterol secara berkesan di samping meningkatkan paras kolesterol baik dalam badan.

Selain asid asetik, cuka kurma juga memiliki khasiat omega-3, karotenoid dan polifenol yang menghalang penyerapan kolesterol dalam darah.

bacaan kolesterol normal tinggi

10. Baik Untuk Mengatasi Simptom Haid

Cuka kurma juga tinggi dengan mineral kalium dan kalsium.

Mineral ini memberi kesan baik bagi mengurangkan senggugut dengan cara meredakan tekanan otot di rahim.

Ia juga membantu dalam melancarkan lagi peredaran darah semasa datang bulan.

cara hilangkan senggugut

Foto Kredit: altsantiri.gr

Cara Makan Cuka Kurma

Cuka kurma memiliki rasa buah, serta masam dan manis yang seimbang.

Bagi mengamalkan cuka kurma, anda boleh :

  • Larutkan 1 ke 2 sudu cuka kurma di dalam segelas air kosong pada waktu pagi ketika perut kosong atau sebelum tidur.
  • Anda juga boleh tambah madu untuk mengurangkan rasa masamnya yang agak kuat.
  • Cuka kurma juga boleh digunakan sebagai penambah rasa salad atau di dalam masakan sebagai pengganti cuka biasa.

Dengan pelbagai manfaat kesihatan yang terkandung dalam cuka kurma, ia sesuai diamalkan buat seisi keluarga. Selamat mencuba!

Sumber :

10 Khasiat Cuka Kurma Yang Anda Perlu tahu

10 Khasiat Cuka Kurma Yang Anda Perlu tahu

Amazing Benefits of Date Vinegar

https://remedygrove.com/supplements/Health-Benefits-of-Dates-Vinegar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×