Sihat

Memang Sedap, Tapi Ini Bahaya Makan Kulit Ayam Berlebihan

31
SHARES

Siapa dekat sini suka kulit ayam? Memang tidak dinafikan bahagian ayam yang terhad inilah yang paling berperisa dan rangup! Tapi betulkah bahaya makan kulit ayam ni?

Kulit ayam juga boleh dikatakan sebagai bahagian terbaik dan sering menjadi rebutan. Ada tu yang siap simpan dekat tepi dulu, dan last sekali bila dah habis semua makanan baru dia makan kulit ayam.

Disebabkan ada peminatnya tersendiri, kulit ayam goreng juga pernah dijual di pasar malam.

Yang terbaru pula, restoran makanan segera pun sudah mula memperkenalkan kulit ayam goreng dalam menu mereka.

Menu terbaru ini terbukti mendapat sambutan yang cukup hangat buat peminat kulit ayam!

Namun, adakah bahaya makan kulit ayam baik untuk kesihatan?

Mari kita semak fakta penting tentang kulit ayam.

Kredit Foto : minimeinsights.com

Kandungan Nutrisi Kulit Ayam

Jom kita lihat fakta lemak pada kulit ayam dengan lebih dekat.

Biasa kita mendengar nasihat daripada doktor atau pakar nutrisi mengaitkan makan kulit ayam ini tidak baik untuk kesihatan dan mungkin bokeh mengundang bahaya jika diambil terlalu kerap.

Bagi mengurangkan kadar kalori dalam makanan, pakar kesihatan juga turut menasihati untuk membuang kulit ayam ketika memasak.

Memang tidak dinafikan kulit ayam mengandungi kalori berlebihan kerana mempunyai jumlah lemak yang agak tinggi.

Secara anggaran, kulit yang terdapat dalam satu bahagian ayam mengandungi sehingga 435 Kcal berbanding bahagian ayam tanpa kulit.

Menurut USDA National Nutrient Database, lemak pada kulit ayam terdiri daripada lemak tepu sebanyak 30%, 63% lemak tak tepu dan selebihnya adalah kolesterol dan lemak trans.

Secara purata, terdapat 9 gram lemak tepu dan 23 gram lemak tidak tepu dalam setiap 100 gram ayam.

Lemak tepu mudah didapati dalam makanan yang berminyak dan berlemak seperti krim, sosej, mentega serta minyak kelapa.

Walaupun sering digelar sebagai lemak tidak sihat, ia tetap memainkan peranan kepada tubuh badan dengan membantu meningkatkan sistem imun serta melindungi ketumpatan tulang.

Kredit Foto : kompas.com

Berdasarkan saranan daripada American Heart Association, pengambilan lemak tepu perlulah dihadkan kepada 10 gram dalam diet harian.

Lemak tidak tepu pula boleh dikategorikan sebagai lemak yang lebih sihat dan penting untuk kesihatan tubuh.

Antara lemak tepu yang boleh dijumpai dalam kulit ayam ialah asid oleic iaitu lemak yang sama terdapat dalam minyak zaitun.

Selain terdapat pada kulit ayam, lemak tidak tepu juga boleh dijumpai dalam makanan lain seperti kekacang, minyak jagung, dan ikan.

Bahaya makan kulit ayam

Bahaya Makan Kulit Ayam Berlebihan

Secara ringkasnya, kulit ayam masih boleh dimakan kerana masih ada kandungan lemak sihat yang bermanfaat untuk tubuh.

Ketika memasak, kulit ayam juga baik untuk dibiarkan bagi mengekalkan kelembapan dan keenakan daging ayam.

Disebabkan oleh kulit ayamlah masakan boleh jadi lebih sedap dan berperisa.

Namun, antara bahaya makan kulit ayam berlebihan adalah

  • Dengan adanya terjualnya kulit ayam sebagai makanan sampingan boleh membuatkan kita cenderung termakan kalori berlebihan tanpa kita sedari.
  • Jika tabiat pemakanan ini dibiasakan, ia boleh menyebabkan masalah peningkatan berat badan dan tahap kolesterol boleh meningkat.
  • Tambahan pula, kulit ayam biasanya digoreng rangup menggunakan minyak yang tinggi lemak tepu seperti minyak kelapa sawit.
  • Ini menambahkan lagi kandungan kalori yang terdapat dalam satu hidangan snek kulit ayam.
  • Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, penyakit jantung, darah tinggi, dan masalah berat badan.
  • Oleh itu, bila nak beli kulit ayam goreng, berkongsilah dengan rakan atau keluarga supaya anda tidak makan terlalu banyak kalori berlebihan dalam satu masa.

Kesimpulannya, sekadar mencuba atau makan sekala bolehlah, jangan selalu sangat!

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×