Sihat

Bukan Sekadar Penyedap Minuman, Ini 8 Khasiat Biji Selasih Yang Ramai Tak Tahu!

131
SHARES

Khasiat Biji Selasih Untuk Kesihatan

Bila sebut tentang biji selasih, kita pasti akan teringat pada minuman manis dan pencuci mulut yang menyelerakan.

Biji selasih juga sering dibandingkan dengan biji chia (chia seed) kerana rupanya yang hampir sama bila direndam air.

Tahukah anda sebenarnya biji selasih sangat baik untuk diamalkan setiap hari?

Walaupun bersaiz kecil, sebenarnya terdapat banyak khasiat dalam biji selasih.

Jom kita kenali kebaikan biji selasih untuk kesihatan tubuh!

Apakah Biji Selasih?

Basil seeds atau juga dikenali sebagai kemangi yang agak sering menjadi penyedap dalam minuman di Malaysia.

Ia sering dijumpai dalam air sirap, lemon, atau katira.

Daunnya berbau sedap yang bisa menambahkan citarasa untuk pelbagai jenis masakan.

Khasiat biji selasih

Menurut Dr. Samuel Oetoro, Sp. GK, seorang pakar pemakanan, biji selasih mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kesihatan.

Di sini dikongsikan antara kebaikan dan khasiat biji selasih.

Khasiat Biji Selasih Untuk Kesihatan

1. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Berdasarkan sebuah kajian, pesakit diabetes telah diberikan 10 gram biji selasih untuk diamalkan selama sebulan.

Hasil kajian mendapati paras gula dalam darah dapat dikurangkan sebanyak 17% berbanding sebelumnya.

Ini menunjukkan keberkesanan biji selasih dalam membantu untuk menstabilkan kadar gula dalam darah secara sihat dan baik untuk diamalkan bagi penghidap diabetes.

 

Kredit Foto : emaze.com

2. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jika tidak dikawal seperti strok dan serangan jantung.

Biji selasih merupakan antara makanan tambahan yang baik bagi menurunkan paras kolesterol dalam badan.

Khasiat pektin yang dijumpai dalam biji selasih sangat membantu dalam menyerap kolesterol berlebihan dalam usus.

Khasiat antioksidanya pula berfungsi untuk mencegah pembentukan plak yang menyebabkan salur darah tersumbat.

3. Kaya Dengan Antioksidan

Antioksidan merupakan salah satu mineral penting bagi melindungi sel-sel di dalam tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Antara kebaikan antioksida yang boleh dijumpai dalam biji selasih ialah flavonoid dan polifenol.

Antioksida flavonoid juga didapati membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Sumber Vitamin C Yang Baik

Walaupun rasanya tawar, biji selasih sebenarnya tinggi dengan vitamin C.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu badan untuk menguatkan sistem daya tahan tubuh di samping mencegah daripada penyakit.

Kredit Foto : sinarplus.sinarharian.com.my

5. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Khasiat antioksida yang terdapat dalam biji selasih juga berperanan dalam memelihara kecantikan kulit.

Ia juga baik untuk diamalkan bagi yang mengalami masalah jerawat pada wajah dengan sifat antimikrobnya.

Kebaikan antioksida seperti polifenol, orientin dan vicentin membantu dalam mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit.

Mineral antioksida juga berperanan dalam mencegah penuaan pada kulit.

6. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Biji selasih juga baik untuk diamalkan bagi menjaga kesihatan tulang.

Ia mengandungi pelbagai mineral pelbagai dalam memelihara ketumpatan dan kekuatan tulang seperti zat besi, kalsium dan magnesium.

Biji selasih juga mengandungi mineral yang lebih tinggi berbanding biji chia (chia seed) untuk kesihatan tulang!

Pengambilan mineral yang mencukupi secara harian dapat mencegah penyakit tulang rapuh atau osteoporosis.

Kredit Foto : naturalmedicineofseattle.com

7. Kaya Dengan Khasiat Omega-3

Tahukah anda biji selasih merupakan antara sumber Omega-3 ?

Lemak sihat Omega-3 adalah penting bagi membekalkan tenaga untuk badan.

Omega-3 juga bersifat antiradang yang berperanan untuk melindungi badan daripada penyakit.

Sesudu biji selasih sudah mencukupi untuk membekalkan kebaikan Omega-3 harian anda.

8. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Kebaikan pektin bukan sahaja baik untuk menurunkan paras kolesterol, malah ia juga membantu untuk melancarkan sistem penghadaman.

Pektin ialah serat larut yang bersifat prebiotik yang bagus untuk kesihatan usus.

Biji selasih yang kaya serat serta rendah kalori juga membantu seseorang untuk mengawal pemakanan dengan membuatkan perut rasa kenyang dengan lebih lama.

Pengambilan biji selasih secara konsisten juga dapat mencegah seseorang daripada sembelit.

Kredit Foto : klikdokter.com

Walaupun hanya popular dalam manisan dan minuman, biji selasih sebenarnya padat dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan badan seperti serat, mineral dan omega-3.

Ia juga mudah untuk diamalkan. Anda boleh rendamkan sesudu biji selasih dan anda boleh campurkan dalam air kosong untuk mendapatkan khasiatnya.

Ia juga sesuai untuk diamalkan untuk kesihatan seisi keluarga.

Sumber rujukan:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×