Famili

KFC Rai Ulang Tahun ke-50 Dengan Menganjurkan Kepci Music Fest!

17
SHARES

Sedar tak sedar, dah lebih 50 tahun KFC beroperasi di Malaysia. Boleh kata KFC ni dah jadi restoran makanan segera favourite rakyat Malaysia. Apa sahaja sambutan atau perayaan mesti tak lengkap kalau takde KFC, betul tak?

Haa..Sempena ulang tahun mereka ke-50, KFC Malaysia akan mengadakan Kepci Music Fest dan nak belanja anda semua ke festival muzik yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air. Seronoknya!

Nak tahu macam mana nak dapatkan tiket ke Kepci Music Fest ni? Jom admin kongsikan!

KFC raikan sokongan rakyat Malaysia dengan Kepci Music Fest

Untuk pengetahuan anda, Kepci Music Fest adalah sebagai tanda penghargaan KFC kepada pelanggannya yang telah menyokong mereka selama 50 tahun beroperasi di Malaysia.

Lebih menarik, festival muzik terbesar ni akan berlangsung di 3 lokasi dan tarikh yang berbeza di Selangor, Johor dan Sabah dengan menampilkan 40 artis terkenal tempatan!

Yang lagi best, anda semua berpeluang untuk mendapatkan tiket percuma ke Kepci Music Fest ni.

Berikut adalah barisan artis yang terlibat mengikut tarikh dan lokasi yang berbeza:

Lokasi Pertama: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 26 Ogos 2023
Artis: Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, Bunga, MK (K-Clique), dan ramai lagi

Lokasi Kedua: Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA), Penampang, Sabah
Tarikh: 6 Oktober 2023
Artis: Amy Search, Ella, Masdo, MK (K-Clique), dan ramai lagi

Lokasi Ketiga: Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 21 Oktober
Artis: Siti Nurhaliza, Amy Search, Bunkface, Estranged, DOLLA, dan ramai lagi

Ikuti cara ni untuk dapatkan tiket percuma ke Kepci Music Fest..

Cara nak dapatkan Tiket Elektronik ke Kepci Music Fest ni pun senang sangat iaitu anda hanya perlu beli mana-mana Set A, Set B, Set C atau Set D untuk tebus e-tiket!

Langkah-langkah untuk menebus:

  1. Beli mana-mana set Kepci Music Fest
  2. Muat naik resit di kepcimusicfest.com
  3. Tebus e-tiket dalam talian menggunakan kod daripada emel pengesahan
  4. Layan Kepci Music Fest!

Satu pembelian set Kepci Music Fest akan melayakkan anda mendapat satu tiket.

*Jenis kombo mungkin berbeza mengikut lokasi

Bukan itu saja, terdapat juga festival percuma yang menarik dengan permainan, persembahan kebudayaan, inflatables yang insta-worthy dan banyak lagi di lokasi Kepci Music Fest yang terpilih.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan anda membuat persembahan dan dapatkan mana-mana set Kepci Music Fest yang sedap hingga menjilat jari hari ini juga.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KFC.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×