Tidak dinafikan, kesesakan lalu lintas sering sahaja berlaku di bandar-bandar besar disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tinggi sebagai salah satu faktornya. Maka, tidak hairan sekiranya top 8 kawasan paling sesak trafik di Malaysia pada 2024 melibatkan bandar-bandar popular di beberapa buah negeri.
Fakta ini berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar peranti GPS terkenal iaitu TomTom Traffic Index.
Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!
KESESAKAN LALU LINTAS
Melihat kepada laporan tersebut, George Town, Pulau Pinang, telah dinamakan sebagai bandar paling sesak di Malaysia untuk tahun 2024 dan berada di kedudukan ke-73 dunia. Bandar ini mencatatkan purata memandu selama 27 minit bagi setiap 10 kilometer.
Kedudukan kedua ialah Kota Bharu, Kelantan. Di mana, pemandu di bandar tersebut menghabiskan purata 23 minit untuk setiap 10 kilometer perjalanan dan berada di kedudukan ke-139 di peringkat global.
Ipoh, Perak pula berada di tempat ketiga yang mencatatkan purata sekitar 22 minit bagi setiap 10 kilometer perjalanan dan ke-164 di dunia.
Manakala, bandar Kuala Lumpur yang sering dikritik kerana kesesakan lalu lintas hanya berada di tempat kelima dalam senarai tersebut dan menduduki tempat ke-285 secara global.
Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!
Baca juga: Rasa Nak Tukar Angin Tempat Baru? Ini Contoh Surat Berhenti Kerja Dari Serta-Merta Hingga Sebulan!
Senarai 8 Bandar Paling Sesak Trafik di Malaysia (2024):

Gambar: TomTom Traffic Index
Data dianalisa daripada 500 bandar di 62 negara
Sementara itu, menurut sumber media tempatan, laporan TomTom Traffic Index menganalisis data daripada 500 bandar di 62 negara untuk menghasilkan senarai ini. Kajian ini mengambil kira masa perjalanan purata dan tahap kesesakan lalu lintas di kawasan bandar seluruh dunia.
Faktor statik seperti reka bentuk infrastruktur bandar dan rangkaian jalan utama mempunyai impak langsung ke atas keberkesanan perjalanan. Faktor dinamik, seperti musim puncak trafik dan keadaan harian yang berubah-ubah, turut mempengaruhi tahap kesesakan.
Baca juga: Jangan Terkejut Bila Darah Haid Warna Hitam, Sebenarnya Normal TAPI Ada Punca Yang Bahaya!
Sumber: TomTom Traffic Index
FT Image: Sayuti Zainudin