Rakyat

Kerana Ditipu Scammer, Mangsa Hantar Santau-Scammer Terseksa & Mohon Maaf

59
SHARES

‘Abang tolong jangan seksa saya, tiga hari saya muntah paku, saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan’.

Demikian rayuan seorang individu yang dikatakan peniaga ‘scammer’ terhadap seorang pembeli apabila dia mula terseksa dengan kiriman ‘santau’ terhadapnya.

Baca juga: “Saya Tulis Surat Kemudian Buang”- Ibu Kongsi Cara Luah Emosi Sewaktu Jaga Anak Kecil Selama 24 Jam

NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA, JAUHI AMALAN HARAM

Gambar: Tangkap layar sebuah perbualan yang tular di beberapa platform medial sosial – Kosmo.

Situasi itu dikongsikan menerusi tangkap layar perbualan antara dua individu terbabit di aplikasi WhatsApp, lapor portal Kosmo semalam.

Menurut individu yang dipercayai pembeli, dia berbuat demikian gara-gara bengang dengan peniaga berkenaan kerana menipu dalam urusan jual beli.

Katanya, duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan tersebut tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga sanggup membalas dengan cara halus seperti itu.

“Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi (santau) pada kau, salah orang kau nak scam,” katanya.

Sekadar gambar hiasan: HarakahDaily.

Dalam pada itu, tangkap layar perbualan tersebut menjadi tular di Facebook dan Twitter sejak Isnin lalu dan pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai.

Rata-ratanya terkejut dengan tindakan berani si pembeli dan ada yang beranggapan perkara itu adalah salah kerana ia dilihat kejam.

“Niat tak menghalalkan cara, walaupun dia pulang semula duit, dosa syirik dengan Allah? Dosa kita santau orang?,” ciap Dahlia.

“Orang yang santau ini sebenarnya sama sahaja perangai dengan ‘scammer’, kejam,” ujar Ezal Daniel.

BERINGATLAH MESKIPUN MARAH, JANGAN SAMPAI DIRI MELAKUKAN DOSA BESAR

Sementara itu, laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan jawapan mengenai perihal di atas. Di mana, penggunaan khidmat sihir merupakan perbuatan yang haram.

Gambar: Kiriman soalan yang ditangkap layar dari Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menggunakan sihir atau khidmat sihir untuk memaksa penjual refund semula duit yang telah diambil adalah perbuatan yang haram. Apa alasan sekalipun tidak boleh menggunakan sihir untuk tujuan tersebut.

Gunakan ruang budi bicara dan perbincangan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Kepada penjual, bersikap jujur dalam perniagaan yang dijalankan.

Jangan menzalimi atau mengambil hak orang lain dengan cara yang tidak betul. Semoga Allah memberikan kita kefahaman dan menjauhkan kita dari kesesatan. Wallahu’alam. 

ABU HURAIRAH RA MERIWAYATKAN…

Sihir adalah perbuatan maksiat dan ia merupakan antara dosa besar yang disebutkan oleh Nabi SAW. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

‌اجْتَنِبُوا ‌السَّبْعَ المُوبِقَاتِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلَاتِ

Maksudnya :

“Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan (dosa besar).

Para sahabat bertanya : Apakah tujuh perkara tersebut wahai Rasulullah?

Nabi SAW bersabda : Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang Allah haramkan darahnya melainkan dengan cara yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling pada hari peperangan dan menuduh wanita beriman yang terpelihara kehormatannya dan tidak terlintas untuk melakukan kejahatan.” [1]

Berdasarkan hadis di atas, Imam al-Nawawi (m. 676 H) menjelaskan bahawa perbuatan sihir adalah haram dan para ulama bersepakat ia adalah dosa besar. Bahkan beliau menjelaskan sihir juga adalah maksiat terbesar [2].

SEORANG TOKOH BESAR DALAM MAZHAB SHAFIE MENYATAKAN…

Sheikh Zakariya al-Ansari (m.926 H), seorang tokoh besar dalam mazhab Syafie menyatakan perbuatan sihir adalah haram. Jika dia beriktikad bahawa perbuatan sihir adalah harus, maka jelas dia telah kufur.

Jika dia sengaja belajar, mengajar dan melakukan sihir, maka perbuatannya itu adalah perbuatan yang dianggap dosa. Beliau menjelaskan lagi, setiap perkara berkaitan sihir adalah dosa kerana boleh mendatangkan fitnah dan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain [3].

SEBAHAGIAN PARA ULAMA MENYATAKAN…

Tambahan lagi, sebahagian para ulama menyatakan bahawa jika sihir tersebut boleh membawa mudarat sehingga membunuh orang lain, orang yang melakukan sihir boleh dikenakan hukum kisas. Perkara ini dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani (m. 852 H) di dalam Fath al-Bari [4].

Ini adalah petunjuk bahawa perbuatan sihir bukan perbuatan yang boleh dipandang enteng akan tetapi ia adalah perbuatan dosa yang boleh memberi mudarat kepada orang lain walaupun dengan apa alasan sekalipun.

Justeru apa sahaja perkara yang berkaitan dengan sihir, ia diharamkan. Hal ini berdasarkan kaedah:

‌ما ‌أدى ‌إلى ‌الحرام فهو حرام

“Apa sahaja perkara yang membawa kepada perkara haram, maka ia adalah haram.”

Termasuk dalam kaedah ini, adalah meminta bantuan dukun, bomoh dan sebagainya untuk mencapai apa yang dia mahu. Rasululllah SAW memberikan peringatan terhadap orang yang pergi meminta bantuan tukang sihir, dukun, bomoh atau yang seumpama dengannya.

SEBAHAGIAN ISTERI NABI SAW MERIWAYATKAN…

Sebahagian isteri Nabi SAW meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

‌مَنْ ‌أَتَى ‌عَرَّافًا ‌فَسَأَلَهُ ‌عَنْ ‌شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi berjumpa tukang ramal (dukun), lalu dia bertanya kepada dukun tersebut tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.” [5]

RIWAYAT HADIS LAIN ADA MENYEBUT…

Dalam riwayat hadis yang lain menyebut:

‌مَنْ ‌أَتَى ‌كَاهِنًا، ‌أَوْ ‌عَرَّافًا، ‌فَصَدَّقَهُ ‌بِمَا ‌يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi bertemu dukun atau tukang ramal, kemudian dia mempercayai apa yang dukun atau tukang ramal sebut, sesungguhnya dia telah ingkar (kufur) terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” [6] 

Sekadar peringatan berserta nasihat buat pembaca, meskipun dalam keadaan teramat marah beringatlah jangan sampai menggunakan sihir yang merupakan perbuatan haram dalam Islam. Benar, niat itu tidak menghalalkan cara.

Sumber: Kosmo / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×